Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 15, 2026 @ 3:27pm

Enggan Menipu, Anna Jobling Utamakan Kejujuran

Pelakon Anna Jobling menegaskan dia tidak sewenang-wenangnya menerima tawaran sebagai wajah produk tanpa menilai terlebih dahulu kesesuaiannya dengan diri sendiri.

Menurut Anna, setiap kolaborasi membawa tanggungjawab besar kerana dia bukan sekadar mewakili diri, tetapi turut membawa imej jenama.

“Saya bersyukur ramai jenama percaya kepada saya. Bila jadi wajah sesuatu produk, saya bukan wakili diri sendiri sahaja, saya juga bawa nama jenama itu. Sebab itu sebelum setuju, saya akan cuba dan buat kajian dulu,” katanya.

Anna mengakui dia enggan mempromosikan sesuatu yang tidak pernah digunakan kerana percaya kejujuran penting dalam menjaga kepercayaan peminat.

“Saya tak mahu promosikan benda yang saya sendiri tak guna. Kalau tidak, susah untuk yakinkan orang,” katanya.

Tambahnya, keaslian memudahkan proses promosi terutama ketika menghadiri acara atau bercakap tentang produk kepada umum.

“Kalau hanya hafal skrip sedangkan kita tak pakai produk itu, memang susah nak bercakap dengan natural. Bila kita betul-betul guna, lebih mudah untuk kongsi pengalaman,” ujarnya.

Pendekatan tersebut, kata Anna, membantu memastikan setiap kempen yang dijayakan kekal tulen dan diyakini oleh pengguna.

Anna ditemui di acara Ulike Raya Event 2026, baru-baru ini.

Anna Jobling dilantik sebagai duta jenama itu bagi pasaran Malaysia. Acara tersebut menandakan perkembangan jenama berteknologi kecantikan itu dalam pasaran tempatan.

Sebagai wakil rasmi, Anna berkongsi bahawa penjagaan diri dan keyakinan berjalan seiring dalam kehidupan seharian.

Katanya, produk berasaskan teknologi seperti jenama memudahkan rutin kecantikan tanpa perlu proses yang rumit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 Jan 2026

Kmy Kmo, Luca Sickta Lancarkan Single ‘Kertas Wangi’

Kmy Kmo & Luca Sickta terus konsisten mengangkat adat serta warisan budaya dalam karya apabila tampil dengan single terbaharu berjudul Kertas Wangi.

Featured Fri, 4 Nov 2022
Featured Wed, 9 Nov 2022

Pemergian Bapa Jadi Titik Terendah Kehidupan Cakra Khan

Penyanyi Indonesia, Cakra Khan mendedahkan pemergian bapa tersayang merupakan titik terendah dalam hidupnya. Banyak kejadian yang tak diduga berlaku kepada pelantun lagu Kekasih Bayangan itu, terutamanya ketika awal pandemik. “Sebetulnya waktu Covid-19, banyak hal yang […]

Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Hak Milik Pasaraya Jadi Persoalan, Rosyam Nor Buat Sidang Media Hari Ini

Sama-sama kita nantikan penjelasan usahawan berusia 52 tahun ini…

Trending Mon, 10 May 2021

“Dah Bertahun Tak Makan Pedas, Tapi Masa Hamil Anak Kedua…” – Scha Alyahya

Pelakon dan pengacara terkenal Scha Alyahya mendedahkan dia mengidam makanan pedas ketika hamil anak keduanya, Lyla Amina. Perkara terbabit membawa kepada penghasilan produk sambal garing jenama Schambal yang diusahakan oleh Scha bersama suaminya, pengacara Awal […]

Hiburan Mon, 12 Aug 2019

‘Sebenarnya Plan Tahun Ni Nak…’- Anzalna Nasir

Insya-Allah masanya akan tiba…

error: Content is protected !!