Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin March 17, 2025 @ 2:23pm

Selesa Jalani Kehidupan Sebagai Ibu Tunggal, Adira Suhaimi Nafi Bakal Rujuk Dengan Datuk Red – “Ada Jodoh Adalah, Tak Ada Pun Tak Apa”

Penyanyi, Adira Suhaimi menolak dakwaan kononnya dia bakal rujuk semula dengan bekas suaminya, Datuk Red selepas Aidilfitri ini.

Kata Adira ketikaditemui XTRA, bekas suaminya itu seorang yang suka bergurau apatah lagi ketika melakukan sesi siaran langsung di platform media sosialnya.

“Tiada berita gembira. Datuk Red seorang yang suka bergurau dan main cakap lepas saja.

“Kalau ada yang bertanya sudah rujuk ke, sudah kahwin balik ke, dia akan jawab sudah secara spontan.

“Orang yang mengenali dia pasti tahu perangainya. Jadi, tiada apa-apa berita gembira daripada pihak saya,” ulasnya.

Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi, 33, berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Nova Music, 17 Eleven Music dan Future Music Entertainment di Glam Hall, Petaling Jaya baru-baru ini.

 

Mengulas lanjut mengenai status hubungannya kini sama ada sudah mempunyai ‘teman istimewa’ atau sebaliknya,  penyanyi lagu Ku Ada Kamu itu mengaku, dia kini selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

Selain itu, mahu memberikan fokus membesarkan anak-anaknya.

“Alhamdulillah, ramai yang mendoakan. Tetapi saya belum lagi sampai ke tahap mahu mencari pengganti lain. Saya selesa dengan kehidupan saya sekarang ini.

“Saya memang selalu sibukkan diri. Saya mahu fokus membesarkan anak-anak dan mencari rezeki untuk mereka,” katanya.

Tambahnya, dia belum terbuka hati untuk memulakan fasa perkenalan dengan mana-mana lelaki selain menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

“Untuk buka hati itu jauh sekali. Kalau ada jodoh ada. Tak ada pun tak apa.

“Mungkin kalau saya tidak mempunyai ramai anak, saya akan terfikir juga. Anak-anak saya masih memerlukan saya.

“Hal seperti ini saya tak berani juga nak cakap sebab takut jadi sebaliknya. Kalau ada berita gembira, saya bagitahu,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Adira dan Black tampil berganding buat pertama kali menerusi lagu raya terbaharu yang berjudul, Syawal Rindu terbitan Nova Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Events Mon, 17 Dec 2018
Hiburan Sat, 19 Dec 2020

Ernie Zakri Tidak Letak Harapan Menang Vokal Terbaik Pada AJL35

Tak sabar nak tengok persembahan Ernie Zakri di AJL35

Hiburan Mon, 24 Mar 2025
Hiburan Tue, 30 Jul 2024

Emosi Pernah ‘Koyak’ Dikecam Netizen, Sharifah Rose Nasihat Jadi Pempengaruh Jiwa Kena Kental

Ingat tu, kalau rasa jiwa tak kenal simpan je lah impian nak jadi influencer hehe

Featured Mon, 7 Aug 2023
Hiburan Sun, 31 Dec 2017

大马资深演员傅志坚癌症病逝

大马资深演员傅志坚(坚叔)12月31日因癌症去世,享年59岁。

error: Content is protected !!