Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 30, 2024 @ 6:14pm

Emosi Pernah ‘Koyak’ Dikecam Netizen, Sharifah Rose Nasihat Jadi Pempengaruh Jiwa Kena Kental

Pelakon, Sharifah Rose berkongsi antara kriteria yang perlu dimiliki oleh seorang ‘public figure’ adalah jiwa kental dan tidak mudah ‘koyak’.

Mula berkecimpung dalam industri sebagai pempengaruh, Rose mengakui tidak mudah untuk dia menghiraukan kecaman netizen terhadapnya.

“Pada awalnya, saya akui agak sukar hendak abaikan kata-kata negatif orang.

“Kadang-kadang kawan cakap kita gemuk sikit pun kita sudah terasa apatah lagi kalau ada kecaman atau kutukan daripada individu tak dikenali, tentulah boleh buat kita lagi terasa,” tuturnya.

Rose berkata demikian ketika ditemui di sesi fotografi drama terbaharunya berjudul, Cinta Bukan Milik Kita bersama penyanyi, Khai Bahar yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

Sharifah Rose

Berkongsi lebih lanjut, Rose atau nama lengkapnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 25 mendedahkan dia pernah menangis sekitar awal kemunculannya empat tahun lalu akibat dikritik.

“Pada awal kemunculan saya menerusi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, saya memang dihujani dengan kecaman seperti lakonan kayu dan sebagainya.

“Itu adalah drama pertama saya pegang watak utama. Video ‘teaser’ baru keluar, orang sudah kutuk sedangkan penggambaran drama masih berjalan.

“Jadi, boleh bayangkan betapa koyak emosi saya hingga menjejaskan penghayatan,” katanya.

Meskipun begitu, pengalaman diherdik netizen sedikit sebanyak telah menyuntik semangat Rose untuk terus cekal bergelar anak seni.

“Saya belajar banyak perkara termasuk tidak membaca dan melayan komen-komen negatif netizen.

“Daripada biar mental terusik, lebih baik abaikan sahaja sebab semua itu hanya sekejap sahaja,” katanya.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Kongsi Foto Naik Basikal Dengan Sharifah Rose, Khai Bahar Didakwa Tak Jaga Ikhtilat – “Orang Yang Nak Fikir Negatif, Biarkan Saja”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sunting Video Khas Sempena Birthday Sharifah Rose, Ezzrin Loy Dipuji Romantik Persis Aedy Ashraf – “Sweet Sangat Ni!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 23 Jun 2018

Jo Jung Suk and Gummy are Getting Married this Year

Congratulations to the engaged couple.

Hiburan Sun, 27 Jan 2019

Muncul Dalam Muzik Video Vroom Vroom, Peminat Usik Hael Husaini Ada Hati Dengan Nabila Razali?

Nabila juga ada menyuarakan hasrat untuk saya turut serta dalam muzik video ini, jadi…

Trending Thu, 23 May 2019

“Baginda Sanggup Langgar Protokol Istana Ketika Perkahwinan Saya”- Raja Zarith Sofia

“jika diikutkan protokol seharusnya baginda sebagai Yang Dipertuan Agong merupakan orang pertama memulakan upacara itu tetapi baginda membiarkan ayahnda saya memulakan upacara merenjis pada majlis persandingan saya”- Raja Zarith Sofia

Events Thu, 15 Aug 2024

Siti Nurhaliza Penyanyi Wanita Solo Yang Bakal Beraksi Di Hausboom Music Festival 2024

Wah, tak sabar nak tengok TokTi perfom!❤️❤️❤️

Featured Wed, 15 Mar 2023
Hiburan Fri, 27 Sep 2019

Justin Bieber Kahwin Lagi?

Pasangan ini telah menjemput seluruh ahli keluarga, rakan-rakan terdekat untuk menjadi saksi majlis penyatuan dua sejoli ini.

error: Content is protected !!