Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 7, 2024 @ 1:02pm

Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson Selamba Kongsi Foto Ci*m Mulut

Pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson tampil berkongsi gambar mesra mereka bersama anak sulungnya, Isaac Raees ketika berada di Australia.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aiman telah memuat naik foto mereka ketika berada di sebuah ladang buah pisang kaki atau ‘prisommon’

Difahamkan perkongsian yang dimuat naik oleh aktor itu merupakan memori terakhir mereka bertiga sebelum Zahirah melahirkan anak kedua.

“Last moment as 3 (three) together,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aiman Hakim Ridza (@aimanhakimridza)

Lebih mencuri perhatian, Aiman turut memuat naik gambarnya bersama Zahirah bercium mulut sekali gus mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa pasangan itu tidak perlu berlebih-lebihan dan sepatutnya lebih sensitif sekiranya ingin mempamerkan kebahagiaan kepada umum.

Namun, ada juga sesetengah pengikutnya yang memuji dan suka melihat pasangan itu berkongsi foto sedemikian.

Sebelum ini, Aiman dan Zahirah mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata, perempuan tidak lama lagi.

Sekadar info, Aiman dan Zahirah telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Isaac Raees.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 10 Sep 2023
Hiburan Mon, 28 Jul 2025

Cium Dahi, Pipi, Hujung Bibir.. Hantar Sticker Gigit B*ntot! Penyanyi Dangdut Didakwa S*ksual ‘Grooming’ Aktor Kanak-Kanak? Ibu Mangsa Spill WhatsApp Tak Senonoh

Seorang penyanyi dangdut dan irama tradisional didakwa telah melakukan perbuatan ‘sexual grooming’ terhadap seorang pelakon kanak-kanak lelaki. Dakwaan tersebut mula tercetus selepas penyanyi rap, Caprice memuat naik beberapa tangkap layar perbualan di Instagram (IG) bersama […]

Trending Thu, 3 Jan 2019

Kenapa NASA Tarik Balik Kenyataan Tentang Ancaman NT7?

NASA sebelum ini meramalkan sebuah Asteroid gergasi bakal menghentam bumi pada 2019.

Trending Fri, 22 May 2020
Hiburan Mon, 9 Jun 2025

Masih Diperli Netizen, Muntazar Ghufran Dedah Pernah Miliki Simpanan Cecah Ratusan Ribu

Muntazar Ghufran pernah cecah ratusan ribu dalam akaun bank

error: Content is protected !!