Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 22, 2018 @ 8:19am

Sudi Terima Tawaran Berlakon Tapi Bersyarat

Korang dah tengok filem This Is Pilah? Kalau belum, jangan ketinggalan okay! Bukan apa, ini peluang korang untuk menyaksikan bakat lakonan penceramah popular masa kini, Syamsul Debat di layar lebar.

Syamsul ketika ditemui di majlis preview filem This Is Pilah, semalam memberitahu dia bersedia menceburi bidang lakonan.

“ Saya akan terima tawaran berlakon kerana sejak kecil saya memang minat berlakon. Sewaktu di sekolah dulu, saya pernah sertai persembahan lakonan.

“ Insha Allah, jika ada rezeki tawaran saya akan terima asalkan bukan watak yang melibatkan ada babak di atas katil,” katanya yang enggan melakonkan watak melanggar syariat Islam.

Syamsul Debat atau nama sebenarnya Syamsul Amri Ismail, berkata dia berbesar hati menerima tawaran daripada pihak produksi This Is Pilah memandangkan wataknya di dalam filem ini dekat dengan dirinya sebenar.

Lebih menarik, penggambaran yang melibatkan beliau dalam filem This Is Pilah dilakukan pada jam 2 pagi.

“ Saya perlu memenuhi undangan ceramah pada hari itu. Selepas itu baru saya dapat masuk ke set penggambaran. Saya hargai kesanggupan mereka menunggu masa lapang saya,” katanya.

Filem komedi romantik terbitan Madness Film Sdn Bhd ini mengangkat Adat Perpatih dan menggunakan sepenuhnya dialek Negeri Sembilan berkisar mengenai dua kekasih yang mendapat halangan mendirikan rumah tangga disebabkan berasal dari suku yang sama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Mar 2025

Gagal Tahan Sebak, Bekas Isteri Dedah Sudah Bercerai Dengan Abang Viva… Enggan  Buka Aib – “Saya Hargai Dia”

Kata Eva, dia dan abang Viva atau nama penuhnya, Azwan Omar tidak bermusuh apatah lagi mahu membuka aib-aib masing-masing di media sosial.

Hiburan Sat, 30 Aug 2025

Scha Alyahya Nafi Jenama ‘Ayaaya’ Ditaja Pihak Tertentu

Scha Alyahya dedah Ayaaya dibina hasil usaha sendiri

Featured Mon, 3 Jul 2023
Hiburan Tue, 24 Sep 2019

‘Saya Sedar Diri Lagi’- Kenapa Tu Nabil Ahmad?

Hobi saya memang menyanyi tetapi belum sampai…

Cahaya Mata Sun, 14 Aug 2022
Featured Wed, 9 Jul 2025

Status Bapa Dipersoal, Shuk Sahar Tampil Bersuara! – “Macam Mana Nak Azankan? Tarikh Lahir Pun Tak Ada Siapa Bagitahu”

Shuhk benagng selepas nama ibu bapanya dipetik beserta tuduhan culas jalankan tanggungjawab.

error: Content is protected !!