Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Fatin Nurain August 14, 2022 @ 12:35pm

Sering Disoal Tentang Zuriat, Indah Ruhaila Akur Belum Rezeki – “Sebenarnya Saya Nak Sangat Anak”

Setelah lima tahun berkahwin, penyanyi Indah Ruhaila, mengakui kerap berfikir mengenai zuriat ketika bersendirian kerana sering ditanyakan soalan berkenaan.

Menurut Indah, dia bersama suaminya, Ahmad Shariff Ahmad Taufiq sememangnya mengimpikan cahaya mata sejak mula berkahwin, namun akur rezeki mereka belum kesampaian.

“Sebenarnya saya nak sangat anak, cuma belum ada rezeki untuk Allah berikan kepada saya dan suami selepas lima tahun berkahwin.

“Soal zuriat ini, bila orang tanya macam senang je. Tapi bila saya duduk bersendirian, saya terfikir memang susah sebenarnya.

“Kalau tiada anak, siapa yang akan jaga saya bila tua nanti? Tapi saya tak nak fikir yang tak baik sebab Allah lebih tahu masa tepat untuk beri cahaya mata kepada saya,” katanya kepada XTRA.

Indah turut menyatakan ada juga segelintir pasangan yang mengalami perkara yang sama, bahkan ada yang mencuba kaedah rawatan persenyawaan in vitro (IVF) tetapi masih belum dikurniakan zuriat.

Malah, Indah lebih cenderung untuk mencuba cara semula jadi dan menganggap ianya terlalu awal untuk melakukan kaedah tersebut kerana dirinya masih muda.

“Saya enggan pressure diri. Kalau orang tanya, saya akan cakap tak nak stress, suami pun tak tertekan. Jika sudah sampai masa nanti akan dapat.

“Awal lagi untuk saya buat rawatan tu sebab baru lima tahun berkahwin. Saya masih lagi mencuba cara semula jadi. Saya pun bukannya tua sangat,” katanya.

Terdahulu, Indah dan Shariff telah mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2017.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 May 2019
Hiburan Mon, 10 Feb 2025
Trending Fri, 11 May 2018

Gunung Berapi Paling Aktif di Indonesia Meletus

unung Berapi Paling Aktif di Indonesia Meletus, Memuntahkan Abu Dan Blok LavaIbu Kongsi Kesan Anak Kerap Duduk Dalam Posisi ‘W’

Featured Tue, 29 Jul 2025

“Rasa Kosong Tanpa Emak Di Sisi” – Wani Kayrie Luah Perasaan Selepas Serah Karier Kepada Pihak Pengurusan

Sebagai anak Wani mengaku kesihatan dan waktu bersama ibunya adalah perkara paling merisaukan.

Hiburan Sat, 5 Apr 2025
Featured Wed, 13 Apr 2022
error: Content is protected !!