Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 29, 2025 @ 3:44pm

“Rasa Kosong Tanpa Emak Di Sisi” – Wani Kayrie Luah Perasaan Selepas Serah Karier Kepada Pihak Pengurusan

Penyanyi Wani Kayrie mengakui berasa janggal apabila ibunya, Rukiah Kalapukong tidak lagi bersamanya selepas menyerahkan urusan kerjaya seni kepada pihak pengurusan baharu, Rocketfuel Entertainment.

Menurut Wani ketika ditemui XTRA, perubahan tersebut mencetuskan rasa kekosongan kerana sebelum ini, ibunya sentiasa berada di sisi dan menjadi tulang belakang dalam setiap langkah seninya.

“Dari kecil sejak ayah sudah tiada, saya membesar dengan emak sampai saya masuk pertandingan nyanyian. Kebanyakan pertandingan saya masuk, emak selalu ada.

“Tetapi, apabila sekarang ini, rasa lain. Emak sudah lepaskan saya bersama label Rocketfuel Entertainment.

“Jadi, saya rasa kosong apabila tiada keberadaan emak di sisi.

“Kalau sebelum ini, emak selalu bersama saya. Emak akan cuba untuk datang dalam apa sahaja pertandingan atau acara saya sertai,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wani Kayrie (@wanikayrie)

 

Wani berkongsi mengenai perkara itu usai persembahan album terbaharunya berjudul W2K, yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Berbicara lanjut mengenai keadaan ibunya pula,  Wani kelihatan sebak apabila memikirkan mengenai kesihatan dan waktu yang mampu diluangkan bersama ibu tercinta.

“Saya pernah berkongsi emak kurang sihat. Usia saya juga sudah masuk 25 tahun. Jadi, bila-bila masa sahaja saya boleh melangkah ke fasa seterusnya.

“Banyak perkara bermain dalam fikiran. Antaranya, saya selalu fikir kalau emak sakit, siapa yang akan jaga apabila saya ada komitmen lain.

“Disebabkan itu, apa sahaja berkaitan emak saya akan sedih. Saya tidak tahu sampai bila Tuhan akan pinjamkan emak untuk saya,” jelasnya.

Untuk info, album W2K  ini mendapat sentuhan daripada beberapa komposer ternama seperti Iqie Hugh, Hanis Rafi, Omar K, Shazriq Azeman, MFMF, Ezra Kong, Shane Kennedy dan Karim Karam.

Ia juga menghimpunkan lima buah lagu seperti Cak Cak Cekuk, Serius Ah, Aiman Tino, Matahari dan Biarkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Pertama Kali Tercalon ABPBH, Ini Reaksi Bella Dally!

Siapa tahu mungkin tahun ini rezeki Bella kan. Amin!

Trending Wed, 29 Jun 2022

“Dia Baling Kepala Saya Dengan Botol Coke…” – Buat Laporan Polis, Mak Wan Latah Pertahan Maruah

Mak Wan Latah mempertahankan maruah dengan membuat laporan polis terhadap wanita terbabit.

Featured Tue, 14 Sep 2021
Featured Fri, 7 Jun 2019

‘Kelembapan’ kata kunci sebenar untuk miliki kulit cantik

Nak cantik? Ketahui perkataan asas yang perlu anda ingat.

Featured Tue, 4 Jun 2024

Kes Zayn Rayyan: Atas Faktor Tertentu, Peguam Ibu Bapa Mangsa Tarik Diri

Saya mengesahkan berita yang tersebar bahawa saya tidak lagi mewakili kedua ibu bapa Allahyarham Zayn – Peguam

Featured Fri, 28 Oct 2022
error: Content is protected !!