Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 31, 2025 @ 12:03pm

Karnival Jom Heboh 2025 Gegar KL Base Dengan Misi Ejen Ali!

Cuti sekolah kali ini bakal lebih meriah! Acara padang paling ikonik negara, Karnival Jom Heboh (KJH) kembali lagi dengan skala lebih besar dan padat dengan aktiviti menarik, membuka tirainya di lokasi baharu iaitu KL Base, Kuala Lumpur bermula 30 Mei hingga 1 Jun 2025.

Tiga hari penuh kemeriahan menanti warga Lembah Klang daripada pameran kereta mewah, aktiviti keluarga, sesi ramah mesra artis, hinggalah ke pentas konsert yang menggamatkan suasana!

Ejen Ali ‘Takeover’ KL Base!

Menambahkan lagi kehangatan tahun ini, Karnival Jom Heboh tampil dengan kolaborasi eksklusif bersama watak animasi kegemaran ramai Ejen Ali, sempena tayangan filem Ejen Ali The Movie 2 yang kini hangat di pawagam.

Maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia akan berada di lokasi untuk menyapa para peminat, disertai pelakon suara yang menceriakan pentas karnival. Pelbagai aktiviti bertemakan Ejen Ali turut disediakan, antaranya:

  • Zumba bersama maskot

  • Ejen Ali M.A.T.A Academy: permainan papan interaktif untuk kanak-kanak

  • Pertandingan mewarna (Kategori: bawah 7 tahun & bawah 12 tahun)

  • Pertandingan cosplay di Studio Tonton Drama Sangat

Aksi Supercar Curi Tumpuan

Membuka tirai promosi karnival, satu gimik penuh bergaya Flag-Off Supercar berlangsung di Balai Berita, 27 Mei lalu. Deretan jentera mewah dan berprestasi tinggi mencuri perhatian ramai, dan yang menariknya, semua kenderaan ini akan dipamerkan sepanjang karnival berlangsung!

Ini peluang terbaik untuk peminat automotif melihat sendiri kereta impian dari jarak dekat — sambil berswafoto bersama Ejen Ali dan Ejen Alicia!

Jumpa Artis Kegemaran & Gegarkan Konsert!

Buat pengunjung setia KJH, ini peluang bertemu wajah-wajah popular TV3, TV9 dan drama-drama hit seperti Bukan Ipar Sempurna, Nikmat Hanya Sesaat, Polis Peronda dan Aku Bukan Ustazah 2.

Antara selebriti yang akan turun padang termasuklah, Shaza Bae, Fazlina Ahmad Daud, Shah Iskandar, Kodi Rasheed, Fahrin Ahmad, Fedtri Yahya, Dayah Bakar dan Fakhrul Radhi.

Dua malam konsert gempak pula bakal menggamatkan KL Base, dengan barisan penyanyi popular tanah air pada malam 1 (31 Mei) iaitu Shiha Zikir, Bunga Isme, Puteri Khareeza, Ameerais, Aisha Retno, Khai Bahar dan A.X.P (Amir Sofaz).

Manakala pada malam kedua (1 Jun) bersama Sofia Liana, Marygrace, K.O.I, Ayu Damit, Ara Johari dan Ratu rock tanah air Ella!

Aktiviti Keluarga & Reruai Interaktif

KJH 2025 menjanjikan lebih banyak keseronokan dengan lebih 150 jenama dan reruai interaktif untuk seisi keluarga. Antara yang wajib dikunjungi:

  • NSTP Car Sim Experience rasai pengalaman memandu seperti pelumba profesional!

  • Jom Lokal Jam pentas terbuka untuk bakat-bakat baru tunjuk skil nyanyian.

  • Jom E-Sport Championship oleh 100PLUS aksi knockout Mobile Legends, sesi perkongsian bersama pakar industri & cabutan bertuah!

  • Servis motosikal PERCUMA termasuk penukaran minyak hitam, terhad kepada 100 motosikal sehari (kerjasama STDC).

  • Pemeriksaan gigi percuma untuk semua, disediakan oleh pakar pergigian bertauliah.

  • Soopa Doopa Kids Zone taman permainan angin mesra kanak-kanak, 100% selamat & seronok!

Paling istimewa, pengunjung juga boleh merasai pengalaman menaiki belon udara panas, menyaksikan pemandangan indah empat menara ikonik Malaysia Merdeka 118, KLCC, Menara Kuala Lumpur dan TRX Exchange dari udara!

Jadikan Karnival Jom Heboh 2025 destinasi wajib musim cuti sekolah ini. Bawa keluarga, ajak rakan-rakan dan nikmati pengalaman hujung minggu yang penuh warna-warni, hanya di KL Base, Kuala Lumpur dari 30 Mei hingga 1 Jun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Dec 2017

Azwan & Ezzaty Kini Bergelar Ibu Bapa

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan selebriti, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah yang kini sudah bergelar ibu bapa apabila anak sulung mereka selamat dilahirkan kira-kira pukul 10.27 malam Rabu.  Azwan yang merupakan seorang pelakon ketika dihubungi […]

Hiburan Mon, 13 Aug 2018

高片酬时代结束「范冰冰效应」400间影视公司联合抵制

范冰冰爆出「阴阳合约」风波后,近日中国娱乐圈因为片酬、逃漏税的事情闹得沸沸扬扬!继11日中国知名影音平台和影视制作公司等9个单位表明抵制艺人天价片酬后,12日多达400多间影视单位也联合发表声明,规模相当庞大。

#tilljannah Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Sun, 7 Apr 2019

Anugerah DFKL 2019 Malam Ini, Siapa Pilihan Korang?

Malam Anugerah DFKL 2019 bersiaran langsung pada 7 April (malam ini) dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Rancangan ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi portal video www.tonton.com.my.

Hiburan Sun, 19 May 2019

Shima Anuar Tayang Bilik Bakal Anak , Cantik Kan?

Beruntung Sophea & bakal adiknya nanti!

Featured Thu, 19 Jun 2025
Hiburan Tue, 5 Sep 2023
Featured Thu, 5 Dec 2024

Kanser Merebak Ke Hati & Paru-Paru, Jangka Hayat Lan Zailan Tinggal 3 Bulan Sahaja – “Jika Ada Silap, Mohon Maafkan”

“Kanser sudah merebak ke hati dan paru-paru. Mohon sahabat terus bagi semangat pada Lan”- Isteri

error: Content is protected !!