Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir October 31, 2022 @ 6:58pm

“Kereta Terbakar, Saya Terus Patah Kaki…” – Fauziah Nawi Sebak Dihadiahkan Kereta

Pelakon Fauziah Nawi bersyukur menerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 serta sebuah kereta Mitsubishi Xpander.

Memetik laporan Gempak, Fauziah sebak dan terharu apabila doanya selepas empat tahun tidak memiliki kenderaan dimakbulkan.

“Selama 50 tahun dalam industri tak pernah saya fikirkan nak dapat anugerah, saya berbesar hati menerima anugerah ini.

“Semua ini untuk anak seni, buat terus. Kita buat kerana kita nak buat, bukan kerana anugerah.

“Sebenarnya, Allah sedang baik dengan saya. Saya tiada kereta dan tidak mampu beli kereta sebab sudah tua.

“Malam ini, Alhamdulillah Allah makbulkan doa miliki kereta… Terima kasih,” katanya.

Menurutnya, kereta miliknya jenis Proton Waja sebelum ini terbakar akibat masalah fius dan tidak mampu untuk membeli kenderaan lain.

“Sebenarnya kereta saya terbakar empat tahun lalu akibat masalah fius. Sejak itu saya terus patah kaki.

“Saya kemudian bergantung kepada pengurus untuk bawa saya atau anak-anak dan cucu. Kadang-kadang terpaksa tempah GrabCar.

“Saya nak sangat kereta sendiri bagi memudahkan pergerakan. Nak beli tak mampu dan tak layak nak buat pinjaman sebab dan tua,” jelasnya.

Tambahnya, dia pernah mengharapkan agar menang cabutan bertuah tetapi rezeki bukan miliknya pada waktu itu.

“Bila dah tak boleh beli tu saya pernah sehingga mengharapkan cabutan bertuah ketika dalam satu acara sebelum ini tapi tiada rezeki.

“Malam ini Allah makbulkan doa saya..Memang saya terkejut dan terharu. Sekurang-kurangnya bila memiliki kereta dapat mudahkan pergerakan harian,” ujarnya.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 13 Oct 2018

桌上别放咖啡杯!这「9项物品」降低工作效率

你的办公桌是否堆满了杂物,想要好好移动滑鼠都很难?

Trending Mon, 15 Jun 2020
Hiburan Tue, 16 Dec 2025
Trending Fri, 16 Apr 2021
Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Sesi Bertemu Peminat Berlangsung Hampir 2 Jam Di Singapura, Orang Ramai Beratur Panjang Demi Berjumpa Siti Khadijah Halim

Wah, peminat Singapura teruja bertemu dengan Siti Khadijah Halim di Singapura.

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Sun, 15 Feb 2026

Makin Senior, Makin Berbisa! Rosyam Nor, Erra Fazira Syukur Rezeki Melimpah

Dalam usia karier yang semakin matang, Rosyam Nor & Erra Fazira meluahkan rasa syukur kerana permintaan terhadap mereka masih kuat.

error: Content is protected !!