Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 16, 2021 @ 4:38pm

Stress Sebab Tak Boleh Rentas Negeri? Jangan Risau, Apa Kata Korang Layan 2 Drama Terbaik TV3 Ini!

Memandangkan bulan Ramadan kali ini sama seperti tahun sebelumnya dimana masyarakat masih lagi tidak dapat pulang ke kampung untuk bersama-sama keluarga tersayang, namun jangan bersedih kerana drama yang disajikan oleh pihak TV3 ini pastinya akan memberi impak yang positif buat anda semua.

Bagi peminat drama tempatan tidak kiralah di Malaysia mahupun di Indonesia, anda kini berpeluang untuk menonton dua drama rantaian terbaik dari TV3 yang akan disiarkan menerusi aplikasi penstriman video terkenal, WeTV. Kedua-dua drama ini boleh mula ditonton secara eksklusif di dalam WeTV dan secara percuma selepas 1 jam tayangan di TV3. Wow, menarik!

 

Kepada peminat Alif Satar, Azira Shafinaz, Fauzi Nawawi dan Zulin Aziz, jangan lupa saksikan drama yang ditayangkan di slot Samarinda, berjudul Penjara Janji, mengisahkan tentang penyesalan dan kemaafan seorang banduan akhir yang cuba dibantu oleh pegawai polis yang bertugas untuk memenuhi segala permintaannya sebelum dijatuhkan hukuman. Pastinya drama ini akan bermain dengan emosi anda.

Malah, drama 15 episod ini juga akan ditayangkan di Slot Samarinda Ramadan pada pukul 10 malam di TV3  dan turut disiarkan secara percuma satu jam kemudian iaitu pada pukul 11 malam secara eksklusif dan percuma di WeTV.

Sementara itu, slot Lestary Ramadan pula akan dihiasi dengan drama berjudul, Kisah Cinta Rumi. Drama bersiri 13 episod ini mengisahkan tentang kisah cinta di antara pasangan yang mempunyai dua status sosial yang berbeza.

Dibintangi oleh penyanyi kesayangan ramai, Khai Bahar dan penyampai radio di Geng Pagi Hot (GPH), Riena Diana, pastinya drama Kisah Cinta Rumi ini setanding dengan K-Drama kegemaran ramai.

Jadi kalau nak tengok macam mana agaknya Khai Bahar berlakon? Jangan lupa saksikan Kisah Cinta Rumi yang akan bersiaran pada 24 April ini di TV3 atau langgan WeTV untuk mengikuti drama-drama dan filem-filem menarik secara strim di laman web WeTV, wetv.vip atau menerusi aplikasi WeTV di App Store atau Google Play Store. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 19 Oct 2024
Hiburan Mon, 26 Jan 2026
Trending Sat, 8 May 2021

Semua Bazar Ramadan, Aidilfitri DiTUTUP Mulai Isnin

Semoga urusan para peniaga dipermudahkan

Featured Thu, 4 Mar 2021
Featured Sat, 27 Dec 2025

Netizen Persoal Tak Jaga Jarak Hamil, Tyra Kamaruzaman Tampil Respons – “Tak Perlu Rumitkan Benda Yang Mudah”

Tyra Kamaruzzaman, tampil mempertahakan dirinya selepas seorang individu mendakwa dia tidak menjaga jarak kehamilan antara anak pertama dan anak keduanya.

error: Content is protected !!