Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 19, 2025 @ 4:27pm

Letak Lagu ‘Jangan Ada Benci’, Netizen Titip Kata Sokongan Pada Datuk Red – “Jangan Putus Asa, Semoga Ada Jodoh Kembali Bersatu”

Usahawan dan pempengaruh, Datuk Red mencuri perhatian selepas memuat naik sebuah foto di TikTok miliknya.

Menerusi platform TikTok, Dauk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkongsi foto memaparkan penyanyi, Adira Suhaimi bersama anak lelaki mereka.

“Baju Melayu siap samping premium harga murah sangat-sangat di showcase abang sayang,” tulisnya di kapsyen berserta emoji patah hati.

Bukan itu sahaja, Datuk Red turut menggunakan lagu popular Jangan Ada Benci nyanyian Casey sebagai lagu latarbelakang perkongsian tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata sokongan kepada Datuk Red untuk tidak berputus harapan.

Ia susulan kenyataan Adira kepada pengamal media sebelum ini yang menjelaskan dia dan Datuk Red tiada perancangan untuk rujuk selepas Aidilfitri.

https://www.tiktok.com/@dato..red/photo/7482617833822702856?lang=en

Sekadar info, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebelum bercerai pada 24 April tahun lalu selepas lapan tahun bersama.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6, dan Ayob, 3, yang kini berada dalam jagaan Adira.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Sep 2022

Bergantung Dengan Ubat Tahan Sakit, Aaron Aziz Rela Sakit Demi Yuran Pengajian Anak

Allahu, moga proses pembedahan nanti berjalan lancar! Sama-sama kita doakan ye

Featured Tue, 23 Jun 2026

“Keanggunan Seseorang Tak Terletak Pada Barangan Jenama Mewah” – Anzalna

“Barangan berjenama bukanlah pengukur keanggunan dan keperibadian seseorang” – Anzalna Nasir

Hiburan Thu, 17 Oct 2024

“Jangan Dah Terhantuk Baru Nak Usaha, Rujuk Bukan Untuk Semua Orang” – Diana Danielle

‘Perempuan nak tengok effort dalam perkahwinan, bukan di pintu mahkamah’ – Diana Danielle

Hiburan Wed, 3 Oct 2018

Ucapan Ayda Jebat Dianggap Sebagai Kurang Cerdik

Ayda Jebat tujukan ucapan itu untuk siapa sebenarnya?

Hiburan Tue, 11 Feb 2020

‘Ampunkan Kami’- Bawa Drama ‘Politik’ Di Pentas #AJL34 , Drama Band Mohon Maaf

Ada orang kata persembahan Drama Band okay what? Siapa makan cili, dialah rasa pedas!

Events Mon, 29 Jul 2019

Pertama Kali Turun Jom Heboh, Ini Reaksi Ac Mizal!

Suasana Karnival Jom Heboh malam kelmarin bertambah riuh apabila Datuk AC Mizal membuat persembahan solo dan berduet bersama Masdo dengan lagu ‘Dinda’ di pentas utama karnival itu!

Hiburan Fri, 10 Oct 2025

“Mereka Seperti Wali-Wali Gaza” – Iylia Balqis Dedah Kejadian Sebenar Kapal Mikeno Dinaiki Ardell Aryana

Iylia Balqis perjelas Ardell Aryana hampir demam, Kapal Mikeno kena water canon selama dua jam

error: Content is protected !!