Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 16, 2025 @ 1:14pm

Didakwa ‘Bangga Jadi Janda’, Nadia Annuar Tegas Bidas Netizen – “Buat Apa Nak Malu? Bukan Buat Maksiat Dengan Suami Orang”

Bekas pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Nadia Annuar mencuri tumpuan apabila membidas komen seorang individu yang mempertikaikan sama ada dia bangga berstatus janda.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, anak kepada usahawan Zaiton Hassan atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Ton ini memuat naik tangkap layar komen individu berkenaan yang didakwa tidak berasas.

“Apa yang bangga sangat jadi janda kak,” tulis individu itu.

Tidak berdiam diri, Nadia kemudian membalas komen tersebut menegaskan perasaan yang dirasainya itu tiada kesalahan, asalkan tidak mempunyai hubungan dengan suami orang.

Dalam masa sama, Nadia juga menegaskan dia tidak boleh bersedih terlalu lama dengan ujian kehidupannya itu kerana ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

“Kenapa adik? Malu sangat ke jadi janda? Kau ingat akak minta ke jadi janda ni? Susahkan kau ke adik kalau akak bangga? Selain bangga, apa lagi akak boleh buat?

“Bersedih sampai mati baru kau puas ke adik? Habis kalau bersedih siapa nak kerja, bayar sewa makan pakai akak? Benda bukan maksiat dengan suami orang atau curang. Buat apa nak malu?,” bidasnya.

Sekadar info, Nadia berkahwin buat kali kedua dengan individu bernama Hafiz Salleh namun 2015 namun bercerai pada 2023

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan kini berusia 9 tahun.

Sebelum itu, Nadia pernah mrndirikan rumah tangga bersama Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi namun perkahwinan tersebut terlerai pada 2010.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki kini berusia 16 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Jun 2022
Trending Fri, 14 Dec 2018
Hiburan Mon, 18 Dec 2023

“Abang, Maafkan Saya” – Tak Mampu Sumbang Lebih Banyak Dana Buat Allahyarham Ibnor Riza, Aznil Nawawi Rasa Bersalah

Pak Nil dah bantu sebaik mungkin, Allah lebih sayangkan arwah abang Ibnor Riza❤️ Al-Fatihah.

Hiburan Thu, 17 Apr 2025

Nafi Tumpang Populariti, Umisya Mazlan Akhirnya Tampil Bersuara! Dakwa Disekat Abby Abadi & Marissa Dania 

Umisya Mazlan dakwa disekat Abby Abadi, nafi tumpang populariti Marissa Dania

Hiburan Wed, 31 Dec 2025

Uyaina Arshad Hargai Pengorbanan Ibu, Hadiahkan Emas Setiap Tahun Sebagai Tanda Terima Kasih

Uyaina berkata dia menjadikan pemberian emas sebagai hadiah tahunan buat ibunya sejak mula bekerja

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Featured Thu, 22 Aug 2024
error: Content is protected !!