Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 4, 2024 @ 12:24pm

Kongsi Momen Dilamar Kawan Baik Sendiri, Nina Ismail Sabri Terima Kejutan Istimewa – “Tak Sabar Nak Habiskan Sisa Hidup Dengan Awak”

Usahawan yang juga bekas isteri kepada pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie iaitu Nina Sabrina Ismail Sabri berkongsi momen bahagia kepada semua pengikutnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Nina berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan kejutan istimewa yang diterimanya ketika dilamar kekasih tercinta, Hafiz Osman.

Kata Hafiz, kejutan istimewa berupa pameran seni ‘palsu’  itu adalah sebahagian daripada perancangan asalnya untuk Nina.

“Untuk mengelak daripada dia mengesyaki apa-apa, saya telah menjemputnya ke pameran seni ‘palsu’ kawan saya. Sebelum ini dia pernah memberitahu bahawa dia tidak tahu banyak mengenai seni,” katanya.

Bagaimanapun, Hafiz kemudian memberikan kejutan buat Nina berupa lawatan peribadi dan hanya tertera cincin lamaran sahaja sebagai ‘pameran’ buat ibu anak satu itu.

Tidak habis disitu, Hafiz kemudian dilihat berlutut dihadapan Nina sebelum melamar dan memberikannya sejambak bunga.

“Little did she know, I had arranged a private tour just for her, with the ring hidden in plain sight as part of the tour.

“Dari persahabatan selama 13 tahun kepada cinta seumur hidup. Di tempat yang paling tak dijangka, dikelilingi oleh seni, disini karya agung kami bermula.

“Nina… sahabat terbaik saya, pasangan saya untuk selamanya selamanya. Ini hanyalah sebuah permulaan bagi pengembaraan terhebat kamiLove You #FromKawanToKahwin,” kongsinya.

Terharu dengan usaha yang ditunjukkan Hafiz, Nina bagaimanapun sempat meninggalkan komen pada hantaran berkenaan dan beharap bahawa dia sudah tidak sabar untuk menempuhi alam rumah tangga dengan jejaka yang juga merupakan sahabatnya itu.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah dan berhaap agar perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhirnya.

Terdahulu, Nina seakan memberi bayangan apabila berkongsi foto memakai selempang ‘bride to be’ dan menyambut ‘bachelorette party’ bersama rakan-rakannya dengan hashtag #goodbyesingleNina.

Sekadar info, Nina dan Jovian mengambil keputusan untuk berpisah pada Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, perkahwinan yang terbina 10 tahun lalu itu telah berakhir secara baik dan masing-masing memilih untuk menjadi sahabat buat selamanya demi anak tunggal mereka, Jeannelle Nika Mandagie.

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Foto Berbusana Sedondon Serba Putih, Ruangan Komen Instagram Nina Ismail Sabri Dihujani Ucapan Tahniah

ARTIKEL BERKAITAN:Muat Naik Foto Mesra Bersama Seorang Lelaki, Nina Ismail Sabri Beri Bayangan Bakal Tamatkan Zaman Solo? – “We Talked About Future”

ARTIKEL BERKAITAN:Tulis #GoodbyeSingle, Nina Ismail Sabri Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 31 Jan 2023
Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Kenapa Ifa Raziah Disamakan Dengan Sailormoon?

Betulkah Ifa Raziah buat pembedahan muka? Perubahan bentuk wajah penyanyi dan pelakon ini begitu ketara sejak kebelakangan ini. Wajah yang runcing dan berseri itu mendapat perhatian netizen sehinga ada yang menggelarkan diri beliau sebagai salah satu watak dalam siri anime iaitu, Sailormoon

Hiburan Tue, 17 Oct 2023
Hiburan Fri, 21 Jul 2023
Hiburan Thu, 9 Jan 2020
Hiburan Wed, 7 Feb 2018

CHINESE LADIES TOP THE ’55 MOST BEAUTIFUL WOMEN IN ASIA’ LIST

Many people tend to insinuate that only Western people’s features can be considered beautiful, but these 55 women prove that Asians are downright gorgeous too.

Hiburan Sun, 4 Aug 2024
Hiburan Thu, 13 Jul 2023

Cristiano Ronaldo Beri Salam, Alif Satar Respons: “Come On Brother, Repeat…”

InsyaAllah, mana tahu buka pintu hati CR7 satu hari nanti

error: Content is protected !!