Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 29, 2025 @ 4:51pm

Video Berjoget Manja Lagu Aspalela Kena Kecam, Ina Naim Hanya Mahu Beri Suntikan Semangat Kepada Hadie – “Ia Sekadar Hiburan Anak Beranak”

Penyanyi Ina Naim menjawab kecaman netizen mengkritik video tular dirinya berjoget manja disamping anak sulung, Hadie Suhaimi Saad, 17, ketika menyanyikan lagu Aspalela.

Tidak menyangka video terbabit viral ke ruangan FYP media sosial, pelantun lagu Duhai Hati itu menegaskan dia sekadar mahu membangkitkan semangat anaknya yang kini sedang bertanding dalam program realiti Talk To My Manager.

@inasuhaimi78 Aspalela hadie #inanaim #hadie #ttmm #astro #fyp ♬ original sound – INA SUHAIMI

“Sehari sebelum itu, kita sudah bersedih-sedih. Selepas mood sedih, kami nak bergembira sedikit. Ketika itu, kebetulan Hadie sedang main gitar, menyanyikan lagu Aspalela. Saya sebagai ibu pun nak menaikkan semangat dia supaya dia tak rasa down.

“Saya sebagai ibu hanya memberikan semangat, begitulah terjadinya video itu, kami rakam dan kongsikan di media sosial. Tak sangka video itu FYP,” katanya.

Tambah Ina, video terbabit hanyalah sekadar hiburan mereka anak beranak dan dia juga turut berterima kasih kepada peminat yang mempertahankan dirinya.

“Pada pendapat saya, bila orang kecam, kita sebagai manusia semuanya sama. Tak kisah artis pop atau nasyid, mesti ada perasaan nak berjoget sedikit. Tapi saya bukan nak berjoget sangat pun, kami sekadar ingin berhibur anak beranak.

“Apa pun, kepada mereka yang mempertahankan saya, terima kasih banyak-banyak. Mereka mungkin seperti saya, ibu yang gembira dan sentiasa mesra dengan anak-anak serta keluarga. Mereka merasai apa yang kami rasakan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hadie pula berpendapat aksi terbabit hanya aktiviti santai antara dirinya dan ibu yang dirakam dan dikongsikan untuk tatapan peminat.

“Kalau nak serius sangat pun, asyik nak bersedih sahaja, kita pun akan hilang mood. Kenalah santai-santai sedikit. Kalau di rumah, saya yang penat lihat ibu berjoget,” seloroh Hadie.

Ketika ditanya perasaan Hadie apabila ibunya dikecam, pemilik nama sebenar Ehmad Hadie Elfardie Mohd Suhaimi sudah terbiasa dengan perkara terbabit.

“Bila orang kutuk ibu, saya rasa dah biasa. Sejak arwah ayah saya ada, kami sekeluarga dah terbiasa orang memberikan kecaman. Setakat orang kutuk-kutuk manja seperti itu, kita sudah boleh tepis,” katanya lagi.

Program Talk To My Manager yang bersiaran Astro Ria menghimpunkan pasangan pengurus-artis daripada kalangan selebriti dan anak mereka.

Antara yang turut serta termasuklah Shuib & Thalita, Liza Hanim & Marsya, Siti Saerah & Amad, Ameng & Ammar, Aziz M. Osman & Ara Aziz serta Sharifah Shahirah & Auddra.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Oct 2022

“Sampai Kiamat Kita Takkan Boleh Melupakan” – Iddin Ramli Kongsi Tip ‘Move On’ Raih Perhatian

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli berkongsi tips ‘move on’ dan ia mendapat perhatian ramai. @iddinramliiIkhlaskan saja♬ original sound – Iddin Ramli Menerusi video berdurasi 43 saat itu, Iddin mengupas isu berkenaan bagaimana untuk […]

Featured Fri, 31 Mar 2023

Bawa Watak Penyondol? Puteri Sarah Harap Karakter Tak Terbawa Ke Kehidupan Sebenar – “Ni Memang Tahap Psiko!”

Uishh! Tak sabar nak tengok Sarah bawa watak penyondol. Mesti dia bagi all out punya🤚

Hiburan Mon, 9 Dec 2019
Featured Wed, 19 Feb 2025

Simple, Klasik & Moden… Baju Nikah Dipuji Cantik, Siti Saleha Dedah Ia Hasil Rekaan Suaminya

Rekaan tersebut mengambil inspirasi dari jenama milik perniagaan Joshua iaitu Atelier  Fritton.

Kisah Viral Thu, 6 Jul 2023
Hiburan Mon, 18 Aug 2025

[VIDEO] Netizen Kritik Zarina Anjoulie, Didakwa Buat ‘Content’ Dengan Hot Daddy?

Zarina Anjoulie dikritik didakwa buat video dengan Hot Daddy?

Trending Fri, 7 Jun 2024

Pesona Warna Pesta Permata

HABIB GEMFEST 2024

Hiburan Wed, 10 Jun 2026

“Jangan Rendahkan Nilai Mereka” – Yuna Tegur Syarikat Besar Tawar Bayaran Separuh Harga Kepada Artis

Yuna meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan sesetengah pihak yang hanya menawarkan separuh daripada kadar bayaran yang diminta artis.

error: Content is protected !!