Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi January 11, 2023 @ 11:53am

[VIDEO] “Dah Tiada Rasa Hormat, Awak Mahukan Perpisahan? Baik…” – Syamsul Yusof Kecewa Dimaki, Tampil Dedah Sebab ‘Block’ Puteri Sarah

Konflik rumah tangga antara pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof bersama Puteri Sarah Liyana semakin tegang selepas aktres jelita ini meminta untuk berpisah.

Ia ekoran tindakan Syamsul yang berkongsi foto pernikahan bersama isteri kedua, Ira Kazar di Instagram dipercayai telah melukakan perasaan Puteri Sarah.

Artikel Berkaitan: “Moga Kedua-Kedua Isteriku Tenang & Banyakkan Bersabar” – Syamsul Yusof

Menurut isteri pertamanya juga, mereka tidak dapat berbincang kerana Syamsul telah menyekatnya nombornya.

 

Artikel Berkaitan: “Dia Berhak Bahagia… Kebahagiaan Dirampas Dengan Kejam, Ditinggalkan Terkapai-Kapai!” – Puteri Sarah Minta Dilepaskan, Ini Komen Ibu Syamsul Yusof

Artikel Berkaitan: “Malunya Syaikhul, Sumayyah Dapat Ayah Macam ni…” – Puteri Sarah Kecewa, Mohon Syamsul Fikir Kesan Pada Anak-Anak & Keluarga

Menyedari namanya hangat menjadi perhatian, Syamsul menerusi sebuah hantaran video terkini di Instagram miliknya mengulas mengenai isu perpisahan serta mendedahkan sebab mengapa dia menyekat nombor Sarah.

“Puteri Sarah ku, awak ajak saya berpisah, baik tak apa jika ini yang awak mahukan. Tapi kita berbincang di rumah, antara saya dan awak dari hati ke hati.. Tak perlu melibatkan orang lain.

“Saya seorang yang tidak suka bergaduh. Macam mana saya nak berkomunikasi dengan awak, wahai Puteri Sarah, bagaimana?

“Awak sentiasa memaki hamun saya dengan panggilan ‘engkau, aku’ seperti sudah hilang tanda hormat. Sampaikan saya tiada ruang untuk berbicara bila awak tiba-tiba melenting di WhatsApp.

“Saya rasa ini memudaratkan, jadi saya block. Ya saya block sebab saya tak mahu hubungan kita semakin keruh. Tetapi, bukannya saya tidak menghiraukan awak dan tanggungjawab saya.

“Puteri Sarah, isteri yang ku sayang.. Segalanya saya berikan. Anak-anak saya tak pernah saya abaikan. Setiap kali awak minta perbelanjaan  laju je saya bagi. Saya bekerja ini untuk awak, keluarga dan anak-anak kita,” jelasnya.

Berdasarkan video sama, Syamsul berkata mereka sering berhubung antara satu sama lain menerusi pihak ketiga serta meluahkan rasa kecewa atas tindakan isteri yang mencanang aib di media sosial tanpa memikirkan perasaannya.

“Kita dah lama berkomunikasi menerusi ibu awak, mak saya, adik saya, orang gaji. Sebab tu di video saya sebelum-sebelum ini selalu mengajak awak untuk berbincang, baik-baik saya cakap. Bincang di rumah dan jangan sebar aib rumah tangga di khalayak umum.

“Masa tadi awak minta duit dekat saya kenapa awak tak cakap untuk berbincang dengan saya? Pintu rumah sentiasa terbuka, boleh datang balik rumah untuk bincang. Jadi jangan create this drama! Tak perlu pun.

Artikel Berkaitan: “Dia Berhak Bahagia… Kebahagiaan Dirampas Dengan Kejam, Ditinggalkan Terkapai-Kapai!” – Puteri Sarah Minta Dilepaskan, Ini Komen Ibu Syamsul Yusof

“Saya pun boleh cerita mengenai awak, tapi saya tak mahu. Sebab tu segala fitnah dan tohmahan saya telan saja. Tetapi semakin teruk saya dicaci jadi saya terpaksa mempertahankan diri memberitahu sebab mengapa saya block,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Syamsul membuat pendedahan berani mati telah bernikah dengan Ira kazar di Thailand.

Dalam video tersebut, Syamsul yang telah menjalinkan hubungan bersama Ira selama empat tahun itu berkata dia bernikah atas tuntutan hukum agama untuk mengelak maksiat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Wed, 24 Jul 2019

Kugiran Masdo Is Bringing Back ‘The Beatles’ Fashion Vibes, Only On E!News

Just like the Beatles, the band stylish were heavily influenced by pop british and fashion from the 60ies, catch them on E!News

Hiburan Tue, 26 Nov 2024
Featured Fri, 18 Aug 2023

[VIDEO] Sweet! Sharnaaz Ahmad Sambut Birthday Amelia Christie, Telatah Jebat Jayden Curi Perhatian

Alahai sweetnya tengok Amelia layan Jebat Jayden, comelll je terbaiklah Mamu 🤪🤪

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Jarang Kongsi Cerita Peribadi Di IG, Tauke Kini Lebih Tenang

Pada masa ini, akaun Instagram pertama Tauke memiliki 993,000 pengikut manakala akaun kedua pula mencatatkan hampir 60,000 pengikut.

Featured Wed, 22 Mar 2023
Trending Sat, 2 Mar 2019

4 Peserta Hijab Dari Malaysia Beraksi Di Asia’s Got Talent

mpat orang gadis, manis berhijab dari kumpulan NAMA lincah menari di atas pentas dengan menyanyikan lagu Bad Romance nyanyian asal Lady Gaga.

error: Content is protected !!