Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 7, 2025 @ 6:16pm

“Ini Semua Allah Punya Kuasa” – Shuib ‘Belanja’ Mamat Tunai Umrah Ramadan Ini

Usahawan selebriti, Shuib mencuri perhatian apabila bermurah hati menaja pakej menunaikan umrah buat sahabat baiknya, Mamat.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Shuib membuat kejutan itu ketika Mamat sedang menjamah makanan disebuah restoran sebelum memaklumkan mengenai tujuan sebenarnya.

“Alhamdulillah, Allah makbulkan Mamat. Syukur alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, Shuib menjelaskan dia sudah memasang niat untuk membawa sahabatnya itu ke Tanah Suci sebaik pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini.

“Assalamualaikum, okay macam ni cerita dia sebelum ni saya ada pergi umrah sepanjang umrah tu dekat hati ni terdetik ‘bestnya kalau buat umrah sekali dengan Mamat’.

“Jadi bila balik hari tu ada cakap ‘best kalau kita pergi umrah sama’ dan Mamat pun mengiyakan benda tu. So, inilah dia. Ini semua kuasa Allah SWT, Allah makbulkan.

“Nasib kita boleh bawa Mamat pergi umrah bulan puasa ni. Mamat tak tahu, jadi harini aku ajak dia makan tengah hari sama-sama. Nak surprise kan dia,” kongsinya.

Sementara itu, Mamat atau nama penuhnya, Mohd Nor Murad, 40, sama sekali tidak menyangka dengan hadiah yang diberikan Shuib kepadanya.

Lebih mengejutkan, Mamat juga kelihatan gagal  menahan air mata apabila mengetahui bahawa isterinya juga bakal mengerjakan umrah bersama-sama dengannya.

“Eh, ada nama saya! Awak biar betul sudah siapkan tiket dengan hotel ni.

“Kau tahu tak 1 Mac tu anniversary aku? Terima kasih Ib banyak-banyak. Patutlah Watie minta nama penuh isteri aku,”ulasnya.

Diakhir video berkenaan, Mamat sempat menitipkan doa buat Shuib agar terus dilapangkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

“Semoga Allah lapangkan rezeki sahabatku dan lepaskanlah dia dari segala dugaan yang menimpanya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 Jun 2018

Lagu Tema Filem Pulang ‘Layarlah Kembali’ Nyanyian Dayang Nurfaizah Runtun Emosi

Merdu dan mantap sungguh vokal Dayang Nurfaizah menyanyikan lagu tema filem Pulang.

Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Trending Mon, 17 Feb 2020
Hiburan Thu, 1 Jun 2023
Trending Tue, 10 Jul 2018

93岁生日快乐!敦马的愿望是……

首相敦马哈迪今日迎来93岁生日!即使生日,马哈迪也没放假,照常上班;而他的生日愿望是……

Hiburan Sat, 16 Nov 2024

“Lagu ‘Gen Z’ Tak Cukup Kuat Untuk Bersaing Di Pentas AJL 39” – Edry Abdul Halim

Edry berpendapat karya-karta Gen Z terlalu santai, tiada daya saing dan sukar bertanding dalam AJL 39

Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Trending Wed, 15 Nov 2017

THESE 5 OMG FACTS ABOUT OIL RIGS WILL BLOW YOUR MIND AWAY

Seeing as Malaysia is a country known for oil and gas, it is important that we learn more this industry even if we’re not directly involved with it.

Hiburan Sat, 15 Jun 2019

Abam Dah Jadi Ayah…Tahniah!

Alhamdulillah…Tahniah Abam & Hidayah!

error: Content is protected !!