Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 16, 2024 @ 12:17pm

“Lagu ‘Gen Z’ Tak Cukup Kuat Untuk Bersaing Di Pentas AJL 39” – Edry Abdul Halim

Ketua juri Semi Final Muzik Muzik (SFMM) ke-39, Edry Abdul Halim berpendapat bahawa lagu-lagu peserta ‘Gen Z’ tiada daya saing yang tinggi antara punca gagal mara ke pentas akhir.

Eddry yang juga merupakan seorang komposer terkemuka ini bagaimanapun memuji usaha dan kegigihan karya-karya muda dalam menghasilkan lagu mudah mendapat tempat di hati pendengar.

“AJL adalah sebuah pertandingan dan bukanlah hanya sekadar persembahan. Sejujurnya, lagu-lagu Gen Z terlalu santai dan masih belum mempunyai daya saing yang tinggi untuk ke pentas akhir.

“Berjaya mara ke SFMM pun adalah satu kejayaan. Jadi saya berharap mereka tidak berputus asa dan perbaiki lagi serta timba perkara ini sebagai pengalaman,” katanya yang mengakui sukar untuk memilih 10 lagu terbaik AJL 39.

Edry berkata demikian ketika ditemui di sidang media SFMM39 yang berlangsung di Shah Alam.

Mengulas mengenai kualiti lagu era kini, Edry memberi pandangan peribadi dan cadangan agar pihak produksi AJL mewujudkan kategori khas untuk karya Gen Z pada masa akan datang.

“Lagu Gen Z agak mudah dan ringkas bila dibandingkan dengan lagu yang besar susah mereka nak bertanding. Kalau ada kategori mungkin karya mereka dapat nyawa sendiri dan pendengar pun ramai. Tetapi ini hanya cadangan saya, bukan kata putus,” jelasnya.

Selain Edry, kesemua 30 lagu yang bertanding di SFMM39 turut diadili oleh barisan juri profesional, iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, Ly Baiduri, Helen Yap, dan Ad Samad.

Antara 10 lagu yang bakal berentap di pentas AJL39 adalah Diam (Hael Husaini), Puas Sudah (Aina Abdul), Hening Rindu (Marsha Milan), Aura (Ernie Zakri), Terus Bersinar (Hafiz Suip), Pujaanku (Masdo ft Aisyah Aziz), Risiko (Benzooloo ft Tuju & MK K-Clique), Sengaja (Amir Masdi), Saksama (Akim & The Majistret) dan Bukan Lagi Kita (Nadeera).

Artikel Berkaitan: Pertarungan Vokal Antara Marsha, Ernie, Nadeera, Hafiz, Amir! Ini Senarai Penuh 10 Lagu Berjaya Ke Anugerah Juara Lagu 39

Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Kecewa ‘Belakang Tabir’ Milik Syamel Gagal Mara Ke AJL 39 – “Kita Kehilangan Satu Lagu Bagus…”

Artikel Berkaitan: #SFMM39: Vokal Belum Pulih Sepenuhnya, Khai Bahar Mohon Maaf Kecewakan Peminat

Kredit foto: Buletin TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Jun 2024

Video Shopping Abaya Tular, Netizen Siap Komen Baby Bump Siti Hajaar Dah Makin Besar?

Wal, tahniah! Patut Hajaar makin comel dan berseri-seri❤️🥰

Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Gambar Justin Bieber Menangis Jadi Tanda Tanya

Gambar yang menunjukkan Bieber menangis terduduk di samping tunangnya, Hailey Baldwin mula tular di laman sosial! Ini membuatkan para peminat tertanya-tanya…mereka bergaduh ke?

Featured Tue, 16 May 2023

Enggan Kenang Kisah Lalu, Hubungan Nourul Depp & Anak Sulung Didakwa Goyah? – “Tak Akan Terima Lagi, Saya Tidak Reda…”

“Saya dah lepaskan.. tak nak ingat lagi” – Nourul Depp. Hmm! Harap semuanya baik baik saja 😢

Featured Fri, 5 May 2023

Tak Henti Terima Kecaman, Netizen Pertahankan Miera Leyana… Dipuji Mesra Bersama Anak Tiri – “Nampak Ikhlas Sangat”

Bak kata Miera Leyana, ada dua penceritaan yang berbeza dalam konflik rumah tangga mereka 😌

Replicated Draft Mon, 22 Apr 2024

Syoknya Raya Dengan Rumah Baru & Jongkong Emas Dari LBS!

LBS Bina Group Berhad (LBS) berbesar hati untuk meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah bersama pemilik rumah baru dengan menawarkan pelbagai hadiah istimewa! Buat korang yang sedang mencari-cari rumah pertama atau hendak menaik taraf kediaman supaya […]

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Bosan ‘Diserang’ Netizen, Ayu Ting Ting Minta Carikan Suami

Semoga Ayu segera bertemu jodoh. Manalah tahu, jodoh Ayu mungkin orang Malaysia? Eh!

Hiburan Wed, 8 Jun 2022
error: Content is protected !!