Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 18, 2025 @ 5:03pm

Peminat Bertindak Ekstrem, ‘Belasah’ Individu Hingga Berdarah Akibat Ambil Foto Bersama Irfan Zaini – “Dia Siap Cakap Saya Ni Miliknya”

Populariti pelakon filem aksi fenomena, Blood Brothers iaitu Irfan Zaini semakin mencanak apatah lagi terdapat segelintir peminat yang sanggup bertindak ekstrem terhadap peminat yang lain.

Kata Irfan ketika ditemui XTRA, kejadian tersebut berlaku apabila seorang peminat wanita berkesempatan  mengambil foto dengannya sebelum muncul seorang lagi peminat wanita yang bertidak agresif dengan memukul individu tersebut sehingga berdarah di sebuah toilet ketika dia berada di Kuching, Sarawak bagi memperomosikan filem Blood Brothers: Bara Naga.

“Ada, tapi susah kita nak control mereka sebab mereka sayang sangat. Jadi kita tak boleh stop.

“Tapi ada satu insiden ni, masa tu dekat Kuching. Ada seroang budak ni nak ambil gambar dengan saya, lepastu dia nak pergi tandas, then ada seorang Budak ni ikut dia pergi tandas juga kemudian pukul dia sampai berdarah.

“Kemudian mangsa ambil gambar selepas dia dibelasah dan berdarah kemudian dia tag saya. Dia juga bagitahu menerusi DM memaklumkan dia tidak tahu budak itu siapa tetapi suspek memaklumkan yang Irfan adalah miliknya.

“Masa tu, saya tak tahu nak react apa. Tapi kalau boleh janganlah macam tu. Kita pun sayang anda semua juga. Jangan sampai pukul. Tak ada makna siapa yang ambil gambar dia lebih penting.

“Kalau boleh saya nak layan semua peminat sama, tapi tak sempat. Cuma, yang saya boleh bagi adalah filem-filem saya yang seterusya,” ulasnya.

Irfan atau nama penuhnya, Muhammad Irfan Mohamed Zaini berkata demikian ketiak ditemui usai tayangan drama siri originals, Honey Trap yang diadakan di Suria KLCC, Kuala Lumpur pada Selasa.

Ketika di soal mengenai tindakan agresif peminatnya itu, Irfan berkata, dia berasa risau apabila kejadian sedemikian berlaku dalam kalangan peminatnya.

Malah, menitipkan pesanan agar peminatnya sentiasa menjaga kesihatan dan tidak menyakitkan diri sendiri.

“Ya memang risau, sebab tu saya nasihatkan jangan sakitkan diri sendiri kerana kesihatan itu penting.

“Kalau awak semua sayang saya, jangan buat macam itu sebab saya tak suka perkara ini berlaku,” katanya.

Selain Irfan, antara barisan artis yang terlibat dalam siri originals ini adalah, Nina KSC, Syarul Ezani, Ungku Ismail dan ramai lagi pelakon hebat.

‘Honey Trap’ merupakan naskhah yang dikembangkan daripada dunia KUDETA, siri premium Astro Originals yang ditayangkan pada tahun 2022, lakonan Vanidah Imran yang memegang watak sebagaiPerdana Menteri wanita pertama di negara fiksyen, Masraya.

Menerusi 8 episod serta 2 episod istimewa, Honey Trap masih berlatarkan dunia Masraya dari siri kudeta dengan memperkenalkan watak baharu iaitu Surya Gabriel, seorang perisik wanita yang hebat, berkaliber, menawan dan berani dalam usahanya mempertahankan keselamatan negara.

Namun, Surya terperangkap dalam permainan kuasa yang rumit, dipenuhi pengkhianatan, dilema, dan ancaman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Kurang 24 Jam, Video Kejutan Raisa Buat Suami Dapat Jutaan Tontonan

Menerusi video bertajuk Our Little Light itu, suaminya Hamish Daud dilihat terkejut seterusnya mengalirkan air mata selepas isterinya menunjukkan keputusan ujian kehamilan.

Trending Mon, 2 Aug 2021

“Kita Tengok Berapa Duit Yang Dia Ada” – Suami Lana Nodin Arahkan Peguam Hantar Surat Tuntutan Kepada Michael Ang

Suami kepada pelakon Lana Nodin, David Mckienzie sudah mengarahkan pihak peguam untuk menghantar surat tuntutan kepada pengarah Michael Ang. Surat tuntutan terbabit dihantar atas dakwaan pengarah itu mengeluarkan kenyataan salah terhadap isterinya. Memetik laporan Harian […]

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

“ANDA BUAT APA HARI INI? TENGOK VIDEO LUCAH? – DR AMALINA BIDAS KOMEN NETIZEN

Apa yang lagi mencuri tumpuan apabila Amalina sendiri membalas tuduhan itu secara sinis dan jauh lebih pedas terhadap netizen tersebut.

Featured Tue, 2 Dec 2025

Indah Ruhaila Hamil Anak Pertama Selepas 8 Tahun Menanti

Penyanyi Indah Ruhaila berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dia akhirnya hamil anak pertama selepas lapan tahun penantian.

Trending Thu, 24 Sep 2020
Hiburan Sat, 24 Jan 2026

“Kami Sedia Disaman, Dipenjara Sekalipun” – Puteri Balqis Tegas Pertahan Kenyataan

Aqish turut mendedahkan pihaknya bersedia untuk berkongsi bukti-bukti membabitkan isu tersebut

Featured Fri, 13 Jan 2023
error: Content is protected !!