Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 8, 2025 @ 2:00pm

Betty Rahmad Titip Pesan, Istiqamah Sendiri Memang Susah – “Kena Ada Circle Yang Baik, Paksa Diri Cari & Duduk Di Majlis Ilmu”

Isu sukar untuk istiqamah dan mahu kembali ‘free hair’ yang diutarakan pelakon dan penyanyi, Kila Fairy sebelum ini ternyata menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Malah, ramai rakan selebriti tampil memberikan sokongan dan mendoakan agar Kila Fairy kuat dan terus kekal dengan pendirian untuk menutup aurat termasuklah penyanyi dan usahawan, Betty Rahmad.

Kata Betty menerusi beberapa hantaran di Threads, untuk kekal istiqamah sendirian memang susah dan perlu ada kefahaman yang mendalam tentang agama.

Selain, harus memaksa diri untuk mencari dan duduk di majlis ilmu.

“Nak istiqamah sendiri memang susah. Perlu sentiasa top ilmu dan ada circle yang sama nak istiqamah.

“Bila ada ilmu baru kita lagi ada rasa takut, dan ada kefahaman kenapa tak boleh itu dan ini. Apapun, kena paksa diri cari ilmu dan duduk di majlis ilmu,” katanya.

Dalam pada itu, Betty menjelaskan, istiqamah bukanlah terus menjadi baik tetaou tidak pernah putus asa untuk selalu mencari Allah.

“Istiqamah tu bukan terus jadi baik. Tapi terus berusaha nak jadi baik walaupun asyik ulang silap yang sama.

“Kadang kita jatuh dan lupa. Tapi kita jangan give up. Bangun balik, usaha lagi.

“Sebab Allah tak tengok siapa yang paling sempurna, tapi siapa yang paling tak berhenti nak dekat dengan Dia.

“Al-Quran dan majlis ilmu ditambah dengan circle yang baik akan membawa dan menarik kita untuk sentiasa istiqamah,” jelasnya.

Tidak habis disitu, Betty atau nama lengkapnya, Norsha Rahmad Ali, 44, berkongsi, antara tips yang boleh dilakukan untuk kekal istiqamah adalah dengan memaksa diri untuk hadir ke majlis ilmu.

Selain, beroda agar Allah mudahkan untuk hadir ke majlis-majlis sedemikian.

“Kalau nak tunggu time free untuk attend majlis ilmu memang masa tu tak dapat dikesan.

“So, tips nya adalah dengan paksa diri untuk letak tepi segala urusan semata-mata nak hadir ke majlis ilmu.

“Bagi yang kerja boleh join secara online, youtube mengikut kesesuaian,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Nov 2025
Hiburan Wed, 28 Jun 2023

Heboh Berita Telah Meninggal Dunia, Farahdhiya Mohon Berhenti Permainkan Isu Kematian

Allahuakbar, terkejut min! Dah jadi trend ke sekarang ni 🥵

Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Zamani Siap Sedia Masuk Studio Dengan Faizal Tahir

Lama tak dengar lagu baru dari penyanyi bersuara emas ini, tak sabarnya!

Hiburan Mon, 22 Aug 2022

“Menitik Air Mata Saya…” – Afdlin Shauki Dedah Punca Perceraian

Semoga dipermudahkan urusan buat mereka berdua dan keluarga.

Featured Wed, 26 Sep 2018
Hiburan Sun, 11 Aug 2019

Baju Raya Kris Dayanti Dilabel ‘Aneh’?

Okay tak pilihan baju Kris Dayanti kali ni?

Featured Sat, 28 Jun 2025

“Ini Bukan Beban, Tapi Bimbingan”- Syed Saddiq

Syed Saddiq mohon diberikan ruang dan masa untuk bersama keluarganya.

Hiburan Thu, 1 Sep 2022
error: Content is protected !!