Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 10, 2025 @ 2:07pm

“Bukan Tak Mampu, Tapi Berkira Terutamanya Bila Ibu Bekerja…” – Linda Hashim Bersuara Isu Nafkah Anak

Pelakon, Linda Hashim tampil menyuarakan pandangan peribadinya berhubung isu pemberian nafkah anak oleh bekas suami.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story (IGs), Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, memuat naik semula pautan video yang memaparkan kisah seorang bapa hanya mampu memberikan nafkah sebanyak RM100 sebulan kepada anak-anaknya.

Menurut Linda, isu ini bukanlah semata-mata soal kemampuan kewangan, sebaliknya sikap segelintir bapa yang berkira dalam menjalankan tanggungjawab mereka lebih-lebih lagi apabila bekas isteri turut bekerjaya.

“Bukan tak mampu, tapi kadang lebih kepada berkira sebab mak kepada anaknya bekerja. Sebab tu Allah selalu mencukupkan keperluan anak-anak dari sumber rezeki yang tak disangka… betul ke betul?” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon yang pernah membintangi beberapa drama popular ini pernah mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga membabitkan suaminya, pelakon Beego yang difahamkan berlaku sejak 2016.

Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Han Byul; Who Is He and Why He’s Potentially the Next Big Thing?

Charisma, check! Talent, check! Visual, check!

#LaguXTRA Thu, 1 Feb 2024
Events Fri, 29 Mar 2019

Ada Apa Dengan Hael Husaini Dan ‘Lagu Cinta Kita?’

Hael Hussaini dan Scha Al Yahya bergandingan dalam ‘Lagu Cinta Kita’?

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

EXO vs. BTS: Who’s Song Will be Playing at the FIFA World Cup 2018

It’s a bloodbath between to two artists’ fandom!

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
error: Content is protected !!