Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 19, 2024 @ 6:01pm

“Suami Awak Dari Syurga Tu Didik Bagus Sangat Ke?” – Fouziah Gous Selar Individu Wanita Kritik Penampilan & Sentuh Isu Keluarga

Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous tidak dapat menahan amarah dan tampil membidas komen individu yang dianggap sangat tidak beradab dan kurang ajar itu.

Individu tersebut mempersoalkan mengapa suami Fouziah didakwa tidak menegur penampilan isterinya yang memakai dress berona biru paraas betis itu dipadankan dengan ‘leggings’ warna kulit.

Fouziah berkata dia tidak kisah sekiranya individu itu mahu mengkritik penampilannya namun dia kurang senang apabila wanita tersebut malah mencari kesalahan suami selebriti ini.

“Kenapa perlu guna ayat ‘pelik juga suaminya’? Bila awak ada suami yang sempurna dari Syurga, jaga baik-baik. Jangan sibuk judge suami orang. Saya ni jarang nak balas tapi adab tu perlu ada untuk berkata-kata.

“Jangan rasa diri hebat dan boleh kata ikut suka hati di media sosial. Sibukkan diri untuk cari ilmu, daripada sibuk mencari dosa orang sampai tak sedar buat dosa diri sendiri juga.

“Nak tegur pun ada cara, adab kena ada. Tak kisah. nak cakap apa tapi jangan senang sangat nak petik keluarga. Suami awak dari syurga tu didik baik sangat ke sampai boleh komen secara umum macam ni?,” bidasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 24 Sep 2020
Trending Thu, 28 Nov 2019
Trending Wed, 11 Sep 2019

Salam Takziah – Presiden Indonesia Ketiga, BJ Habibie Meninggal Dunia

Bekas presiden itu meninggal dunia jam 6.01 petang waktu Indonesia Barat,

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Nama Belum Dikenali, Muna Shahirah Tak Mahu Mengalah!

Saya percaya, Allah menguji saya terlebih dahulu sebelum kerjaya saya berjalan lancar…

Featured Fri, 22 Aug 2025
Trending Tue, 26 Nov 2019

It’s Tomorrow! Limited Edition Hello Kitty Holder Is Here At McDonald’s Malaysia!

Who could resist a cute Hello Kitty merchandise? NO ONE!

Hiburan Sat, 28 Sep 2024
error: Content is protected !!