Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 28, 2024 @ 6:17pm

Pementasan Teater Dang Anum The Untold Story Di Melaka & Johor Mungkin Terpaksa Digugurkan

Pementasan Teater Dang Anum (The Untold Story) (DATUS) oleh Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah) yang dijadualkan berlangsung di Johor dan Melaka, mungkin terpaksa digugurkan susulan kurang penajaan di segi kewangan.

Pengarah dan penulis skrip, Amirul Haswendy Ashari, 45, berkata pihaknya telah berusaha mencari penajaan, termasuk menghantar surat rayuan kepada urusetia Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menyemak semula dana yang telah diluluskan sebelum ini.

“Namun apakan daya, jawapan yang diterima dari GSSK agak mengecewakan. Pun begitu, kami tidak patah semangat dan ‘redho’ dengan keputusan itu.

“Sebab difahamkan ada juga kumpulan lain yang turut berdepan isu sama, dan situasi ini sememangnya asam garam dalam dunia teater tempatan,” katanya.

Amirul turut mendedahkan jualan tiket dari DATUS sahaja tidak mencukupi untuk menampung kos keseluruhan pementasan di negeri-negeri lain.

The Redholah memerlukan sekurang-kurangnya RM250,000 untuk menampung segala kos pementasan di Putrajaya, Melaka, Johor dan rakaman dokumentari khas di Batam dan Riau, Indonesia.

“Memang agak berat untuk melepaskan jerayawara ke Melaka dan Johor sebab sejujurnya memang ada permintaan.

“Mungkin belum ada rezeki buat kami pada tahun ini. Doakan semoga kami dapat tunaikan ‘hutang’ ini pada tahun depan,” kata Amirul optimis.

Setakat ini DATUS menerima sokongan kerjasama dari Kolej Seni Kreatif, UiTM Puncak Perdana, selain tajaan 700 paket gula dari MSM.

Malah beberapa rakan artis seperti Hairul Azreen dan isteri, Hanis Zalikha telah sudi menaja tiket korporat untuk pelajar sekolah.

DATUS dipentaskan sejak semalam sehingga Ahad ini, 29 September 2024 bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin (Cempaka Sari), Putrajaya.

Antara pelakon adalah Adam Shahz, Ain Sufia, Along Eyzendy, AG Hafiz, Karl Dannish, Aman Salleh, Md. Husin dan Affan Mohd.

Tiket pementasan boleh dibeli melalui www.ticket2u.com atau secara ‘walk-in’.

Kredit foto: Shairazi Azlin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 May 2026

“Aku Tak Nak Kau Lalu Jalan Yang Sama Lagi”- Janna Nick Tunai Janji Pulang Ke Malaysia Demi Azar Azmi

Janna Nick akhirnya kembali ke tanah air demi melunaskan janjinya selain memberikan sokongan terhadap rakan baiknya, Azar Azmi susulan kontroversi yang menimpa.

Hiburan Mon, 3 Nov 2025
Hiburan Fri, 4 May 2018

Kaka Azraff Akui Tidak Pernah Kecewa

Single terbaru miliknya iaitu, Kembali gagal berada di anak tangga carta lagu popular mengekalkan prestasi lagu popularnya sebelum ini berjudul Bukan Hal Aku, Terima Kasih dan Terpulanglah.

Hiburan Mon, 16 Mar 2026

“Merisik Di Media Sosial Mungkin Ada…” – Dr Fie Jawab Spekulasi Sudah Jumpa Pengganti

Dr Fie menegaskan dia tidak pernah menutup pintu hati untuk kembali berumah tangga

Featured Fri, 1 Jun 2018

Dinobatkan Sebagai Ratu Cantik Kaamatan, Kemenangan Hosiani Sememangnya Sudah Dijangka

Hosiani sememangnya calon favourite dan sejak awal lagi disebut-sebut mengambil alih gelaran berprestij itu.

Trending Fri, 4 Oct 2019

Anak Angelina Jolie Jadi Rapper di Korea?

Besar dah Maddox Jolie-Pitt…

Featured Wed, 14 Sep 2022
Trending Sat, 14 Sep 2019

Katak Dipaksa ‘Cerai’ , Kenapa Ya?

Pasangan Katak Yang ‘Dikahwinkan’ Untuk Panggil Hujan, Dipaksa ‘Cerai’

error: Content is protected !!