Euforia Bola 2026
Selebriti By: Padin February 1, 2023 @ 9:37am

Membesar Lihat Bapa Pacu Kerjaya Nyanyian, Restu Van Houten Ikut Jejak Langkah Charly Setia Band

Penyanyi muda, Restu Van Houten, 17, selesa berdikari tanpa perlu bergantung kepada populariti bapanya, bekas vokalis ST12, Charly Van Houten.

Pemilik nama penuh Mohammad Restu Gibran Van Houten adalah anak sulung vokalis Setia Band itu bersama Shinta Regina membesar melihat bapanya menyanyi dan berkarya.

“Membesar dalam lingkungan pemuzik membuatkan darah seni turut mengalir dalam diri. Namun, ayah tidak pernah memaksa saya mengikut jejak langkahnya.

“Cuma, saya akhirnya membuat pilihan untuk bergerak sebagai pemuzik secara profesional. Ia pilihan sendiri, tiada paksaan daripada sesiapa.

“Untuk single pertama saya, Saranghaeyo yang diperkenalkan pada 25 Mac tahun lalu, ayah bertindak sebagai penerbit di samping KGS M. Ipul. Ayah merupakan pendukung terbesar saya. Dia sering menitipkan pesanan supaya saya fokus dan terus berkarya, meskipun nanti perjalanan saya berdepan dugaan serta rintangan.

“Secara jujur, karya ayah banyak mempengaruhi kerana sejak kecil, saya sudah terbiasa dengan muzik yang dibawanya bersama ST12 dan Setia Band.

“Namun, saya juga punya kecenderungan dan rujukan muzik yang tersendiri. Itu yang cuba saya gabungkan dalam karya yang saya hasilkan,” katanya yang memperkenalkan single kedua, Jangan Ada Kata Pisah pada November lalu.

Bernaung di bawah label berpengaruh, Trinity Optima, Restu berkata, dia hanya mencuba nasib apabila mengajukan karya yang dihasilkannya kepada syarikat rakaman tersebut.

“Alhamdulillah, ia diterima, biarpun terpaksa menunggu agak lama. Hampir setahun saya menanti sebelum mendapat respons daripada syarikat rakaman.

“Bersama mereka, saya ingin mencuba sesuatu yang baharu dan membentuk identiti muzik Restu Van Houten sendiri tanpa dipengaruhi penyanyi sedia ada,” katanya.

Pada usia pembabitan yang masih setahun jagung, Restu bertuah apabila diberi penghormatan untuk turut sama beraksi dalam Konsert ST12 Reunion -20 Tahun Charly Berkarya yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Mac depan.

Bakal beraksi bersama Firman Siagian dan dua penyanyi terkenal Malaysia, Jaclyn Victor serta Ezad Lazim, konsert itu kata Restu, menjadi titik permulaan untuk dia memperkenalkan bakatnya kepada peminat muzik di negara ini.

“Saya berharap karya saya dapat dinikmati dan diterima penggemar muzik di Malaysia. Ia ruang terbaik untuk saya membuktikan bakat. Sebagai penyanyi baharu, saya terpacu dan bersemangat memberikan karya terbaik untuk dinikmati pencinta muzik di dalam dan luar Indonesia.

“Ayah selalu berpesan, saya harus menjadi anak lelaki yang bertanggungjawab dan tetap fokus dalam apa yang saya usahakan. Itu yang akan saya buktikan pada konsert itu nanti,” katanya.

Tiket Konsert ST12 Reunion – 20 Tahun Charly Berkarya berharga RM99, RM152, RM252 dan RM282 boleh diperoleh menerusi laman web: www.ticket2u.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Sep 2024

“Fattah Amin Belum Sedia Lepaskan Fazura” – Peguam

Allahu, sebak kin tengok Fattah ni💔💔💔

Hiburan Wed, 8 Feb 2023
Featured Wed, 10 Aug 2022
Featured Mon, 17 Apr 2023
Hiburan Mon, 14 May 2018

Sedar Ruang, Jangan Merepek…

Ini pendirian saya. Saya memang tidak akan ambil tawaran mengarah sekiranya bayaran yang diterima pelakon lebih tinggi daripada pengarah…

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

Kesihatan Norish Karman Merosot, Anak Rayu Doa & Sokongan Orang Ramai

Norish Karman dilaporkan berada dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot

Hiburan Tue, 19 Sep 2023
Hiburan Mon, 15 Jun 2026

Hael Husaini Bersuara Isu Album Tertangguh, Tegas Bukan Salah Syarikat Rakaman

Hael menegaskan keputusan menangguhkan pelancaran album itu dibuat atas pertimbangannya sendiri, sekali gus menepis dakwaan yang mengaitkan perkara tersebut dengan syarikat rakamannya.

Featured Thu, 4 Sep 2025

Siti Nurhaliza Bersolidariti, Sertai Gerakan Penghantaran Makanan Buat Rakyat Indonesia 

“Malaysia dengan Indonesia ni seperti adik-beradik. Kalau cubit peha kiri, peha kanan pun terasa juga”. Demikian respons Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berhubung krisis yang berlaku di negara jiran, Indonesia. Kata Siti atau nama […]

error: Content is protected !!