Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 4, 2025 @ 10:46am

Siti Nurhaliza Bersolidariti, Sertai Gerakan Penghantaran Makanan Buat Rakyat Indonesia 

“Malaysia dengan Indonesia ni seperti adik-beradik. Kalau cubit peha kiri, peha kanan pun terasa juga”.

Demikian respons Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berhubung krisis yang berlaku di negara jiran, Indonesia.

Kata Siti atau nama lengkapnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 46, hubungan baik kedua buah negara menyebabkan apa yang berlaku di sana turut dirasai penduduk Malaysia apatah lagi Malaysia dan Indonesia diibaratkan seperti ‘adik-beradik’.

“Malaysia dengan Indonesia ni seperti adik-beradik. Kalau cubit peha kiri, peha kanan pun terasa juga.

“Dengan suasana yang berlaku, saya sebagai anak seni yang diterima baik oleh masyarakat Indonesia, turut terkesan jugalah. Kita turut bersimpati,” katanya.

Pelantun lagu Menamakanmu Cinta ini berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman hos, barisan penyampai, dan penghibur Anugerah Industri Muzik 24 (AIM 24) yang didakan di Hotel Primeira, Kuala Lumpur pada Rabu.

Mengulas lanjut mengenai gerakan solidariti pengahantaran makanan yang tular di media sosial, Siti menjelaskan, dia juga tidak melepaskan peluang untuk melakukan perkara sama termasuklah menyeru orang ramai memberikan sokongan moral kepada mereka yang terkesan.

“Kita bantu dari segi sokongan moral, kata-kata semangat. Macam apa yang orang Malaysia buat kan melalui pesanan makanan untuk ini pun, saya pun turut sama buat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Siti memaklumkan dia bakal melakukan persembahan di hari terakhir konsert Pestapora yang bakal diadakan di Indonesia pada 7 September ini sekali gus berharap krisis yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik.

“Sebenarnya saya ada persembahan untuk Pestapora tetapi saya masih melihat perkembangan dari semasa ke semasa.

“Saya memang berdoa supaya keadaan kembali reda dalam waktu terdekat ni, supaya saya boleh kesana membuat persembahan, sebab memang waktunya memang sangat merindui peminat-peminat di Indonesia kan.

“Apa yang saya harapkan, semoga keadaan akan reda dengan cepat supaya kita semua boleh menjalani kerja kita dengan baik,”ujarnya.

 

 

Terdahulu, seorang pemandu ojek iaitu Affan Kurniawan maut digilis kenderaan taktikal ‘Barracuda’ milik polis Indonesia ketika berlakunya demonstrasi penduduk di Bendungan Hilir, Jakarta.

Ia susulan,  protes besar-besaran dibuat rakyat Indonesia selepas Presiden mereka, Prabowo Subianto mengumumkan kenaikan elaun Ahli Parlimen sehingga mencecah sekitar Rp50 juta sebulan (RM12,869.35).

Difahamkan, ketika kejadian Affan yang baru sahaja berusia 21 tahun sedang dalam perjalanan menghantar makanan untuk pelanggannya.

Susulan itu, Ketua Polis Indonesia serta Presiden Prabowo Subianto membuat permohonan maaf terbuka kepada keluarga Affan dan mengesahkan tujuh anggotanya dalam kenderaan taktikal itu sudah ditahan.

Sebagai tanda solidariti, netizen Malaysia menghulurkan bantuan makanan dengan membuat tempahan kepada pemandu ojek dalam talian (ojol) di Indonesia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Nov 2019
Trending Tue, 21 Jun 2022
Hiburan Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] Digelar Pembawa Bala Oleh Netizen? Ini Respons Baby Shima

Allahu tak baiknya cakap macam tu.. Siapa lah kita untuk menghukum? 😔

Trending Sun, 12 Aug 2018

天生体质「比较敏感」易遇好兄弟体质5特征

什么样体质的人最容易接触到不同空间的众生?可以从手相和面相去看,拥有以下提到特征,个性或是体质较敏感,容易会遇到「鬼」!

Featured Wed, 9 Nov 2022
Featured Mon, 18 Jun 2018

Impak Maksimakan Solekan Bibirmu, Ini 10 Gincu Merah Menggoda Wajib Dimiliki

Gincu merah yang garang sememangnya bisa merubah penampilan wanita serta-merta.

LIFESTYLE Tue, 18 Sep 2018

Go On an Off-the-Grid Adventure on This Luxurious Yacht

Travel with style and without the crowd.

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Peminat ‘Prank’ Nubhan Sempena Hari Jadi Ke 33

Happy Birthday Nubhan, kami di XTRA doakan awak terus sukses dunia akhirat!

Hiburan Mon, 26 Sep 2022
error: Content is protected !!