Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir February 17, 2023 @ 6:01pm

Hubungan Cinta Terlerai Begitu Sahaja, Isyariana Takut Nak Kahwin Gara-Gara…

Pelakon Isyariana mengakui sukar mempercayai lelaki merupakan punca utama dirinya takut untuk mendirikan rumah tangga dan membujang sehingga hari ini.

Memetik laporan Kosmo, Isyariana atau nama sebenar Isyariana Che Azmi, 33, memberitahu kerisauan itu juga disebabkan dia dibesarkan dalam sebuah keluarga yang berpecah-belah sebelum ini.

“Saya takut hendak kahwin sebab susah nak percaya lelaki. Ada hubungan cinta sebelum ini terlerai begitu sahaja sebab saya ambil masa terlalu lama dan buat pasangan bosan.

“Mungkin pengalaman dibesarkan oleh ibu bapa bercerai menjadi salah satu sebab saya suka untuk letakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap lelaki,” katanya.

Menurutnya lagi, dia menafikan dakwaan serik bercinta kerana pernah dikecewakan bekas teman lelaki.

“Bukan serik untuk mempunyai sebarang hubungan istimewa bahkan saya tiada pengalaman dikecewakan pun.

“Cuma, mungkin saya sudah selesa dengan keadaan seperti sekarang ini namun tidak pernah menutup puntu hati untuk mengenali mana-mana lelaki.

“Biarlah Tuhan yang tentukan, doakan saya jumpa jodoh terbaik,” ujarnya.

Mengulas tentang ciri-ciri lelaki idaman, dia mengimpikan seorang teman yang pendiam dan bukan daripada kalangan selebriti.

“Saya suka lelaki yang pendiam dan hanya bercakap perkara penting sahaja, biar saya yang banyak bercakap.

“Kalau boleh nak orang biasa sahaja dan elak individu yang bergelar selebriti,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Aug 2024
Featured Tue, 3 Dec 2024

Kes Ugut & Pukul, Suami Zahnita Direman 3 Hari

Zahnita Wilson mengejutkan ramai apabila berkongsi foto menunjukkan matanya yang kelihatan lebam.

Hiburan Thu, 9 May 2019

‘Doakan Kami’- Giliran Altimet Sertai Misi Kemanusiaan Ke Syria

Jom terus berikan sumbangan, layari Instagram Cinta Syria Malaysia sekarang!

Featured Thu, 7 Sep 2023
Hiburan Tue, 4 Apr 2023

Da Unknown Mahu Mencuba Pelbagai Jenis Genre

Baru best kalau boleh menyanyi pelbagai genre

Featured Thu, 5 Jan 2023

Rakan Throwback Momen Puteri Sarah Bernikah, Dakwa Syamsul Yusof Kaki Kongkong? – “Kuat Cemburu, Suka Skodeng Dari Jauh.. Banyak Peraturan!”

Tak boleh bergambar rapat dengan lelaki, suruh pakai jubah hitam sebab SY suka – Rakan Puteri Sarah

Featured Wed, 24 May 2023
error: Content is protected !!