Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 11, 2019 @ 10:58pm

Fizo Omar, Mawar Karim Akhirnya Sepakat Tutup Restoran FizoMawar Kitchen Selepas Berpisah

Umum tahu kisah penceraian antara pelakon Fizo Omar dan isterinya, usahawan tudung Fareeda, Mawar Karim pertengahan tahun ini selepas enam tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang anak, Wan Maryam berusia dua tahun. 

Baca: Fizo Omar, Mawar Cerai Talak Satu

Baca: ‘Saya Dah Cuba’-Mawar Masih Sayangkan Fizo Omar?

Selepas bercerai, ramai yang tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada perniagaan yang dijalankan bersama antaranya Fizomawar Kitchen (FMK) yang mempunyai 2 cawangan di Bangi, Selangor dan Kota Bharu, Kelantan.

Akhirnya Fizo,  atau nama penuhnya Wan Hafizol Wan Omar telah mencapai kata sepakat selepas berbincang dengan bekas isterinya itu untuk menutup operasi FMK mulai 27 Oktober ini walaupun telah beroperasi selama 4 tahun. 

“Sebenarnya berat untuk saya nak umumkan keputusan ini, setelah berfikir dan berbincang bersama Mawar, kami bersetuju untuk tamatkan operasi Fizomawar Kitchen cawangan di Bangi, Selangor dan Kota Bharu, Kelantan.

“Banyak kenangan dan usaha dilakukan termasuk wang ringgit tetapi ini mungkin jalan terbaik dan saya percaya Allah ada perancangan terbaik untuk kami.

Menurut pelakon Sembunyi: Amukan Azazil ini, FMK diusahakan sebagai hadiah buat bekas isterinya itu.  

“Kebanyakan menu di FMK adalah kegemaran Mawar dan ibu saya.  Saya sendiri pergi belajar di Thailand dan cari menu di sana.  Ibu juga ajar memasak sebab dia orang Thailand. 

“Setelah empat tahun, lebih 300,000 pelanggan yang datang ke restoran kami dan FMK berkongsi rezeki dengan lebih 100 pekerja.  Saya nak beritahu FMK akan menamatkan operasi pada 27 Oktober ini .

“Selepas ini saya akan fokus kepada pengurusan acara dan media sosial dan Mawar pula perniagaan tudung Fareeda miliknya. Doakan kami dimurahkan rezeki,” katanya menerusi akaun YouTube miliknya. 

Fizo dan Mawar yang berkahwin pada November 2013 tidak mampu mempertahankan rumahtangga mereka dan disahkan bercerai pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Oct 2022

“Shuk Ke Tu?” Netizen Terhibur Dengan Penampilan Shuk Sahar Dalam Live

Selepas terpalit dengan beberapa kontroversi melibatkan rumah tangganya, pelakon dan pelawak, Shuk Sahar kini mula aktif dilaman sosial miliknya. Terbaharu, kemunculan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, dalam siaran langsung di TikTok […]

Featured Tue, 13 Sep 2022

Netizen Tuduh Jual Kuih Keria Rentung, Ini Jawapan Balas Lana Nodin

Rasanya dia tak pernah nampak kuih keria gula melaka kot? 😅

Featured Wed, 10 Aug 2022

“Saya Mengaku Itu Saya” – Tak Kisah Dilabel G*y, Dr Say Terima ‘Hadiah’ Lumayan Ketika Sertai Pertandingan…

Eh betul ke Dr Say Gay? Tapi… kalau dapat hadiah lumayan, siapa je yang tak nak 👀🤣

Hiburan Wed, 13 Aug 2025

Fattah Amin Kecewa Isu Fatima Jadi Sasaran Netizen – “Hubungan Keluarga Berada Dalam Keadaan Baik”

Fattah Amin menegaskan hubungan semua pihak khususnya keluarganya berada dalam keadaan baik.

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Dah Lama Berehat, Pelakon Cilik Ini Dah Mula Bekerja

Menurut ibunya, Norashikin Mohd Aziz memaklumkan anaknya cukup teruja untuk kembali berlakon di mana kesihatan kanak-kanak itu beransur pulih.

Fab Foodies! Thu, 9 May 2019
error: Content is protected !!