Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa January 21, 2023 @ 4:33pm

Sering Berada Di Zon Selesa Punca Sissy Iman & Naim Daniel Masih Belum Bergelar Juara Mingguan?

Masih tidak berputus asa untuk menonjolkan sesuatu yang berbeza sejak awal minggu pertama demi menghiburkan para penonton. Pasangan sepupu, Sissy Iman dan Naim Daniel masih belum berjaya untuk membawa pulang RM10,000 sebagai duo terbaik mingguan.

Dapatkah mereka memberikan persembahan terbaik dan sekaligus merebut markah tertinggi untuk menjadi juara mingguan bagi tema ‘Irama Tradisional’ minggu ini?

Ketujuh-tujuh pasangan peserta Famili Duo telah memberikan persembahan yang luar biasa pada minggu kelima dengan bertemakan ‘Dangdut, Hindustan dan Nusantara’. Sissy Iman dan Naim Daniel telah membawa lagu Ikhlas tapi jauh nyanyian asal Zainal Abidin. Mereka telah mendapat markah sebanyak 45.9% sekaligus menempatkan mereka di tangga keempat dengan jumlah markah keseluruhan sebanyak 257.4%.

Debaran kian terasa apabila Famili Duo hanya berbaki dua minggu lagi sebelum pentas akhir. “Mustahil kami tidak rasa tertekan, tambahan minggu penyingkiran sudah hampir dan kami juga merupakan antara peserta yang masih belum berjaya meraih duo terbaik mingguan,” menurut Sissy Iman dan Naim Daniel.

Tambahnya, mereka akan terus memberi persembahan dan pemilihan lagu yang terbaik untuk minggu ini serta akan mengambil kira komen-komen yang diberi oleh juri agar tidak hilang konsep.

“Kami akan terus memberikan persembahan terbaik dan berbincang tentang pemilihan lagu yang terbaik dan serasi buat kami untuk minggu ini. Bagi mencapai persetujuan tentang lagu, kami harus yakin bahawa kami boleh menyampaikan lagu itu dengan baik dan berkualiti.

“Dari minggu pertama kami berdua telah melontarkan pelbagai idea dan cara untuk keluar dari zon selesa. Namun, kami juga harus sedar tentang kebolehan kami berdasarkan komen-komen yang telah diberi oleh juri, jadi kami tidak mahu hilang konsep yang melambangkan diri kami hanya untuk tonjolkan sesuatu yang berbeza di atas pentas,” akhiri mereka.

Berikut adalah senarai kedudukan persembahan di minggu kelima #FamiliDuoTV3.

  1. Siti Saida & Siti Sairah – Kereta Malam (61.6%)
  2. Ayda Jebat & Fyna Jebat – Makhluk Tuhan Paling Seksi (59.6%) 
  3. Zaki Yamani & Yamani Abdillah – Medley Yang Penting Hepi, No Comment dan Are Re Are (59%)
  4. Ara Johari & Shaffiq Erwin – Penasaran (58.6%)
  5. Bella Astillah & Wani Kayrie – Medley Paijo & Simalakama (47.7%)
  6. Sissy Imann & Naim Daniel – Ikhlas Tapi Jauh (45.9%)
  7. Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique – Seperti Mati Lampu (37.6%)

Situasi semakin sengit di pentas Famili Duo apabila menghampiri pentas separuh akhir. Berikut adalah carta markah terkumpul selepas episod 5 pada 15 Januari 2023. 

  1. Ayda Jebat & Fyna Jebat – 306.6
  2. Zaki Yamani & Yamani Abdillah – 272.9
  3. Ara Johari & Shaffiq Erwin – 267.7
  4. Sissy Imann & Naim Daniel – 257.4
  5. Bella Astillah & Wani Kayrie – 243.8
  6. Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique – 226.4
  7. Siti Saida & Siti Sairah – 219.3

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3 dan anda juga boleh menonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Jangan lupa untuk menggunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

“Percayalah, Pelakon Drama Tak Cukup Dihargai” – Sarimah Ibrahim

Sarimah Ibrahim mendedahkan satu episod drama bersiri yang ditonton penonton sebenarnya mengambil kira-kira tiga hari untuk disiapkan.

Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Lavida Coin Tersenarai Dalam Amaran Pengguna Kewangan BNM

Senarai yang dikemas kini hari ini menyenaraikan syarikat dan laman web tersebut tidak diiktiraf atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan oleh BNM.

Featured Thu, 15 Jan 2026

“Bila Pergi Majlis Ilmu Baru Faham, Teguran Itu Tanggungjawab Sesama Muslim… Tapi Tidak Memalukan” – Betty Rahmad

Menurut Betty, sebelum ini dia sering berasa defensif setiap kali menerima teguran, apatah lagi apabila ia datang daripada individu yang bukan bergelar ustaz ataupun ustazah.

Featured Sun, 6 Nov 2022
Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Featured Wed, 16 Jul 2025

“Satu Sen Duit Aku Yang Kau Hidangkan Untuk Anak Bini Makan, Aku Haramkan!”- Azizul Ammar Dedah Bukti Jadi Mangsa ‘Hutang’ Stesen TV

Ammar meluahkan rasa kecewa apabila dia juga menjadi mangsa ‘penipuan’ stesen televisyen sama.

Featured Tue, 9 Dec 2025

“Ramai Yang Sayangkan Dia” – Pengawal Peribadi Fazura Doakan Fatima Dijauhkan Dari Orang Munafik

Pengawal peribadi kepada pelakon dan usahawan terkenal, Fazura, meluahkan rasa prihatin dan ambil beratnya terhadap Fatima.

Trending Thu, 19 Mar 2026

Jalan Cerita Simple Tapi Ramai Akui Iklan Raya Ini Paling ‘Kena’ Dengan Diri Sendiri

Tak semua orang bernasib baik lahir dalam keluarga senang. Ada yang hidup serba lengkap, tapi ramai juga membesar dalam kesederhanaan. Namun di sebalik segala kekurangan itu, ada satu perkara yang tetap sama iaitu kasih seorang […]

Trending Wed, 29 Mar 2023
error: Content is protected !!