Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 27, 2022 @ 6:00am

“Dah Kena Tinggal, Baru Nak…” – Netizen Salahkan Rossa Sera, Tak Jaga Penampilan Didakwa Punca Shuk Sahar Curang

Isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera menjawab dakwaan yang mengatakan punca keretakan rumah tangga mereka sebenarnya bermula daripada pihak wanita yang tidak tahu menjaga penampilan.

Justeru itu, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Nattasiyah Asshaferah memaklumkan,  dia tidak menolak dakwaan terbabit kerana memang terdapat segelintir warganet yang meninggalkan komen sebegitu terhadapnya.

“Memang ada. Saya selalu baca komen, kadang ternampak… netizen siap kata dulu tak nak jaga penampilan tapi bila lepas macam ni, baru nak jaga,”katanya.

Meskipun tidak kisah dengan kata-kata kecaman tersebut, Sera bagaimanapun berharap perubahannya kini adalah hasil usaha beliau sendiri dan juga produk yang dijualnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan terkini antara Shuk dan anak-anak, Sera memaklumkan segalanya masih sama malah dia memberi kebebasan buat bekas suaminya itu untuk berjumpa anak mereka.

“Saya beri kebebasan buat Shuk untuk berjumpa anak-anak… tiada limit. Saya beri kebebasan je sebab sekarang ni Shuk dah tak duduk KL dah, sekarang dia duduk Penang sebab dia ada bisnes kat sana.

“Jadi, bila dia ada kerja dekat KL, atau ada launching kat mana-mana… dia ada je ambil anak-anak,” jelasnya.

Sera ditemui di majlis pelancaran produk kosmetik Inayah Beauty di Avante Hotel, Bandar Utama pada Isnin.

Terdahulu, Sera sempat menitipkan pesanan buat Shuk agar terus kuat dan tabah menghadapi ujian yang menimpa rumah tangga mereka.

Untuk rekod,  Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada tahun 2015, hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

 

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Yang Akan Kehilangan Bukan Saya, Tetapi Orang Yang Tak Menghargai Saya…”- Rossa Sera Tak Takut Berpisah, Mahu Bela Nasib Wanita

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Jaga Diri Shuk, Kita Sama-Sama Move On” – Titip Pesanan Terakhir, Rossa Sera Mohon Shuk Tabah & Kerja Kuat Demi Anak-Anak

ARTIKEL BERKAITAN:Sebak! Gugurnya Air Mata Isteri… Rossa Sera Noktahkan Hubungan Bersama Shuk Sahar – “Mungkin Saya Tak Mampu Bahagiakan Dia”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Shuk Sahar Hadir Ke Mahkamah, Netizen Berang Acah Jadi Mangsa Keadaan – “Macam Dia Yang Tersakiti”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Shuk Sahar Akui Menyesal Curang Namun Masih Berhubung Dengan Fara

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar Diperli Netizen Gara-Gara Muat Naik Status Instagram – “Pentingkan Nafsu Anak-Anak Jadi Mangsa”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Nov 2018

Karakter Anak Zarina Zainuddin Jadi Sumber Rujukan

Bukan senang nak bawa watak Fatonah, nampaknya usaha berbaloi juga akhirnya. Tahniah Nad Zainal!

Trending Mon, 6 Jul 2020
Featured Tue, 14 Jan 2025

Nurul Zahid Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UPM

Nurul Hidayah dilantik mewakili komposisi berpengetahuan dan berpengalaman.

Hiburan Mon, 24 Mar 2025

Shukri Yahaya Kembali Berlakon Filem Selepas 5 Tahun – “Sharnaaz Berjaya Pujuk & Beri Dorongan”

Shukri mahu membuktikan kebolehannya dalam filem dan tidak mahu terus dikaitkan dengan watak drama cinta dan emosi

Hiburan Wed, 14 Sep 2022
Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Tahniah! Anzalna Nasir Selamat Lahir Bayi Lelaki

Alhamdulillah…tahniah Anzalna & Hanif!

Featured Thu, 1 Sep 2022

Terpaling Juara: “Kita Jangan Fikir Negatif” – Fauziah Latiff Hormati Penyanyi Senior & Junior

Tidak kira senior atau junior, masing-masing ada kekuatan tersendiri!

error: Content is protected !!