Trending By: Maya Basir June 29, 2022 @ 6:28pm

Sebak! Gugurnya Air Mata Isteri… Rossa Sera Noktahkan Hubungan Bersama Shuk Sahar – “Mungkin Saya Tak Mampu Bahagiakan Dia”

Kemelut rumah tangga antara pelawak Shuk Sahar dan isteri, Rossa Sera menjadi perbualan hangat masyarakat yang keliru dengan status sebenar pasangan ini.

Menurut Sera, dirinya merasakan tidak lagi mampu memberikan kebahagian buat Shuk dan sudah membuat keputusan untuk meletakkan noktah terhadap hubungan mereka.

“Sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri.

“Bagaimana saya hendak bahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Kami masih berhubung tetapi hanya kerana anak-anak sahaja.

“Kami juga sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan. Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu membahagiakan dia,” katanya sebak ketika ditemu bual dalam sebuah program hiburan pada Selasa.

Sebelum ini, rumah tangga mereka sering dilanda badai apabila pelawak tersebut didakwa curang terhadap isterinya.

Menganggap perkara yang berlaku sebagai ujian, Sera memberitahu dia sentiasa memberi kata-kata semangat buat Shuk untuk terus tabah menghadapi dugaan ini.

“Ini juga ujian buat Shuk. Saya tidak pernah salahkan dia. Bukan senang dia nak lalui semua ini. Sehingga sekarang saya masih memberi kata-kata semangat buatnya.

“Sepanjang berdepan dengan masalah ini, saya banyak mengadu dengan ibu bapa selain berserah kepada Allah untuk apa sahaja ketentuan-Nya. Saya perlu banyak bersabar,” katanya.

Terdahulu, Sera sudah menfailkan cerai terhadap Shuk pada November lalu.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 1 Sep 2023
Hiburan Fri, 28 Jul 2023
Featured Tue, 8 Nov 2022
Trending Tue, 26 Nov 2019

Japan Invented A New Way Of Staying Flawless; That Is By Spraying On A New “Skin”

Japan taking beauty to another whole level, none ever thought of doing.

Hiburan Sun, 18 Feb 2024
Trending Wed, 15 Jul 2020

KKM Sahkan Antibodi Pesakit Kluster Sungai Lui Sembuh Adalah Rendah

Jaga kebersihan dan kekalkan memakai pelitup muka di tempat awam

Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Sudah Mula Rasa Tak Sihat, Shaheizy Sam Akui Berat Badan Makin Bertambah

Gemuk tak salah, yang penting kesihatan perlu diutamakan okay!