Hiburan By: Khairil Khusyairi June 9, 2023 @ 12:00pm

Dah Naik Kapal Terbang, Baim Wong Terpaksa Batal Hasrat Tunai Haji – “Saya Fikir Kena ‘Prank’, Tapi Tidak”

Hasrat pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong yang dijadualkan berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji bersama isteri dan anak-anak pada 7 Jun lalu tidak kesampaian.

Memetik laporan Detik, pelakon yang pernah membintangi drama Bukan Cinta Aku itu dilaporkan telah menaiki pesawat untuk ke Makkah namun terpaksa turun selepas timbul beberapa masalah.

Menurut Baim, dia pada mulanya beranggapan perkara tersebut adalah ‘prank’ namun ternyata ia perkara sebenar.
“Saya sudah naik kapal terbang.

“Tadi saya juga sudah fikir saya pasti kena prank. Tetapi tidak, belum masa saya untuk ke Makkah. Saya tak tahu perkara itu boleh jadi,” katanya.

Dalam pada itu, Baim turut memaklumkan dia telah berjumpa dengan agensi pelancongan tersebut dan menegaskan tiada sebarang permasalahan yang timbul.

“Tadi sebenarnya saya ada berjumpa dengan pihak agensi pelancongan, Alhamdulillah tak ada apa-apa masalah.

“Saya juga akan buat pengesahan dengan pihak tersebut supaya tidak ada salah faham. Mungkin juga ada masalah kesihatan,” jelasnya kepada media tempatan.

Menjengah ke profil Baim Wong di Instagram (IG), dia ada memuat naik sebuah perkongsian bersama isteri dan anaknya.

“Mungkin tak berangkat Haji, supaya fokus jaga mereka (keluarga),” tulis Baim ringkas.

Difahamkan, Baim turut mengadakan majlis kesyukuran di kediamannya sebelum ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Sep 2022
Trending Thu, 7 Jun 2018

Nurul Shamsul, Gadis Kelahiran Malaysia Pertama Berjaya Ke Pentas Akhir Miss Universe New Zealand

Nurul Shamsul, gadis berhijab kelahiran Malaysia berjaya menjadi Top 20 Miss Universe New Zealand 2018.

Trending Tue, 24 Apr 2018

15张「不需要PS」视觉就非常震撼的精彩照片

自然和人类都是伟大的艺术家,当他们联手,可以产生惊人的杰作;捕捉难能可贵的一瞬间、最棒的时机、最棒的构图画面是一名成功摄影师厉害的地方。

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

《跳跃生命线》演员合体!518来马演出

对已经播毕的TVB剧集《跳跃生命线》还意犹未尽?各位剧迷,好康来啦~

Featured Tue, 14 Feb 2023
Hiburan Wed, 12 Apr 2023
Trending Tue, 3 Mar 2020

Kembali bertugas selepas 10 hari pemergian suami, tabah dan kuatnya BCL!

Sekitar 10 hari selepas pemergian suami tercinta, Ashraf Sinclair, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) yang masih dalam tempoh iddah dan berkabung, mempamerkan sikap profesionalisme yang tinggi apabila sudah mula bekerja. Semestinya ini bukan satu keputusan […]