Trending By: Yanie Baharom March 3, 2020 @ 6:17pm

Kembali bertugas selepas 10 hari pemergian suami, tabah dan kuatnya BCL!

Sekitar 10 hari selepas pemergian suami tercinta, Ashraf Sinclair, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) yang masih dalam tempoh iddah dan berkabung, mempamerkan sikap profesionalisme yang tinggi apabila sudah mula bekerja.

Semestinya ini bukan satu keputusan yang mudah, mengambil kira dirinya yang belum begitu stabil juga adab berkabung bagi seorang wanita Muslim. Namun atas beberapa alasan tertentu, BCL terpaksa meneruskan persembahan sebagaimana yang dipersetujui.

Foto: bclsinclairashraf

Kemunculan pertama penghibur terkenal Indonesia ini adalah pada acara SQ Quarter Dome pada 28 Februari yang lalu, manakala hari berikutnya BCL diundang sebagai artis jemputan bersempena Ronan Keating’s Romantic Valentine Concert di Pullman Jakarta Central Park.

Untuk kedua-dua acara BCL yang juga mesra disapa Unge mengenakan persalinan berwarna hitam.

Salah satu siri rakaman video memaparkan penyanyi berusia 36 tahun itu cuba menahan sebak saat menyanyikan lagu Cinta Sejati dan Tentang Kamu.

“Saya tidak pernah menjangkakan akan kehilangan cinta sejati begitu cepat. Saya berharap semua yang mendengarkan lagu ini akan mengingatkan diri untuk menghargai insan yang mereka sayangi,” katanya.

Sumber: YouTube

Semasa berlangsungnya konsert Ronan Keating, penghibur kelahiran Ireland itu sempat memuji BCL seorang wanita yang kuat dan tabah mengharungi saat sukar di dalam hidupnya lalu mendedikasikan lagu If Tomorrow Never Comes buat penyanyi itu.

Namun begitu, sekuat-kuat seorang wanita bernama BCL akhirnya tewas pada hari ke-3 beliau kembali bertugas, apabila tidak dapat menahan air mata ketika persembahan penyanyi Judika menyampaikan single terbarunya, Tak Mungkin Bersama pada Malam Keputusan dan Reunion Indonesia Idol yang berlangsung di Studio RCTI Kebon Jeruk, Jakarta Barat,  Ahad lalu.

BCL kelihatan teresak-esak sehinggakan meletakkan kepalanya di atas meja dan terpaksa ditenangkan oleh rakan juri, Ari Lasso selepas tidak menahan perasaan sedih.

Selesai menyanyikan lagu itu, Judika dengan mata berkaca terus memberikan pujian kepada BCL kerana kuat menempuh dugaan yang diberikan kepadanya.

“Boleh tepukan tangan sekali lagi untuk sahabat saya, Unge. Satu orang yang mengajar saya banyak hal, wanita yang sangat kuat, yang sangat profesional, yang sangat layak jadi idola di Indonesia, layak jadi panutan (teldan) dan inspirasi banyak orang . Kami akan sentiasa menyokong Unge,” ucap Judika.

Terdahulu, pada 18 Februari 2020 suami BCL, Ashraf telah dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira jam 4.00 pagi (waktu tempatan).

Allahyarham dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Mon, 1 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Tak Nampak Chemistry, 2 Couple Tersingkir… Jom Recap Episod 1!

Gandingan pengacara popular Kamal Adli dan Ain Edruce menghangatkan lagi pentas Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang baru sahaja bermula malam tadi. Persembahan peserta dan komen dari juri cinta yang ‘panas’ ternyata lebih menarik perhatian […]

Featured Sun, 5 Jun 2022
Hiburan Wed, 3 May 2023
Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Featured Thu, 21 Jul 2022

Tular Dakwaan Kronologi Mangsa R*gol Penceramah Bebas – “Tanya Bab Agama, Tapi…”

Ada yang tampil mendedahkan mengenai perkenalan mangsa dan penceramab bebas 🫣 Dakwanya suspek ada tiga isteri? Apapun kita tunggu laporan penuh daripada pihak polis ya 😊

Trending Wed, 3 Oct 2018

Akhirnya Rosmah Ke Lokap SPRM?

Rosman di dakwa esok!