Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 27, 2024 @ 10:23am

Dakwa Masih ‘Contact’ Hingga Mac, Sarah Yasmine Dedah Sophia Albarakbah Guna Akaun Palsu ‘Layan’ Aliff Aziz?

Masih belum berkesudahan, kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine semakin ligat mendedahkan bukti perbualan dan kali ini nama pelakon sensasi, Sophia Albarakbah pula dipetik.

Walaupun sebelum ini kedua-dua pelakon berkenaan mengaku khilaf dan sepakat menamatkan perhubungan mereka, namun apa yang didedahkan Sarah membuktikan bahawa Sophia dan Aliff masih berhubung sehingga 28 Mac lalu.

“Dont even try tro tell the reporters untuk buat story for you that you did not layan la, apa la… tapi melayan sampai 28 Mac ya,” ulasnya.

   

Dalam pada itu, Sarah turut memaklumkan, Aliff pernah mencuba untuk menamatkan hubungan mereka dengan menghantar pesanan mesej terus (DM), namun Sophia bertindak untuk menyebarkan berita palsu kepada rakan media kononnya dia tidak pernah ‘melayan’ Aliff.

Malah, Sarah turut memuat naik tangkap layar temu bual Sophia ketika hadir pada program nyanyian popular dimana Aliff merupakan salah seorang pesertanya.

Katanya, soalan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Sophia ketika acara itu harus dijawab secar jujur oleh empunya badan sendiri.

“You both might be a good actress but i will always be 10 step ahead when it comes to my radar of girls  who are bullshitters @ruhainies7 @sophiekoshka,” tegasnya.

 

Dalam hantaran sama pula, Sarah turut mendedahkan bahawa Sophia pernah menggunakan akaun palsu untuk berbual dan berhubung dengan Aliff dek kerana akaun yang sama turut digunakan aktor itu untuk berbual dan berkongsi cerita dengannya.

Bahkan, Sarah memaklumkan bahawa dia telah menunjukkan semua bukti secara bersemuka kepada Bella.

Terdahulu, pada Selasa,  seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mengakui  ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.

Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Sep 2025
Hiburan Mon, 24 Sep 2018

Sufian Suhaimi ‘Merajuk’ Sampai Ke Jakarta?

Saya rasa perlu keluar dari Malaysia buat sementara waktu ini. Bukan larikan diri tapi nak rasai suasana yang berbeza.

Trending Mon, 14 Jun 2021

Jom Semak Senarai Kategori Layak Buat Permohonan Rayuan BPR 2021

Korang boleh semak sebab kenapa tak lulus okay!

LIFESTYLE Tue, 1 Oct 2019

6 Fakta Tentang Serangga Bernama Lipas

Korang Takut Lipas? Baca ini

Trending Mon, 22 Oct 2018

Al- Fatihah…Chef Boe Sudah Tiada

Bagi penggemar hidangan barat Station 21 Sizzling Steak Bangsar, berita ini mungkin mengejutkan anda!

Featured Thu, 25 Aug 2022

Tahniah Wira Malaysia! Ramai Sokong Abang Viva Terima Pingat Jasa Kebaktian

Penghargaan yang amat membanggakan. Setimpal dengan usaha murninya. Tahniah! 🤩🤩🤩

Trending Thu, 12 Sep 2019

Celcom XPAX’s Calling All ML Legends and PUBG Chicken Dinners to a Nationwide Rumble for a Cash Prize of RM180,000!

Coming back for its semester 2, #XPAXKEK awaits to crown the most legendary of all in Malaysia’s top campus esports this September.

Hiburan Tue, 17 Dec 2024
error: Content is protected !!