Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 2, 2025 @ 3:30pm

Konflik Di Indonesia, Puteri Sarah Rebut Peluang ‘Sedekah Makanan’ Buat Pemandu Ojek – “Semoga Lekas Sembuh”

Konflik yang berlaku di negara jiran, Indonesia baru-baru ini membuka mata masyarakat Malaysia bahawa hidup aman damai di negara ini wajar disyukuri.

Menerusi hantran di Threads, pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin kelihatan tidak melepaskan peluang untuk berkongsi rezeki bersama pemandu ojek atau penghantar makanan di sana susulan mereka kini sedang berdepan gelombang protes besar-besaran.

Dalam perkongsian tersebut, Sarah dilihat memesan enam pek soto bernilai Rp192,000 bersamaan RM50 melalui aplikasi e-hailing makanan.

Malah, pelakon drama rantaian Sekam Di Dada itu turut berkongsi tangkap layar berupa pesanan mesej yang diterimanya daripada pemandu ojek berkenaan.

 

 

View on Threads

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memuji sikap prihatin yang ditunjukkan Puteri Sarah dek kerana sanggup menghulurkan bantuan demi meringankan beban rakyat Indonesia yang kini berdepan rusuhan.

Sekadar info, beberapa kawasan di negara itu terjejas susulan pengumuman Presiden Prabowo Subianto mengenai kenaikan elaun Ahli Parlimen sehingga mencecah sekitar Rp50 juta sebulan (RM12,869.35).

Keadaan bertambah tegang selepas seorang pemandu ojek, Affan Kurniawan, dilaporkan maut akibat digilis trak ‘Barracuda’  sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat Indonesia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Nov 2019
Hiburan Thu, 23 May 2024

Rosyam Nor Akui Mencabar Bawa Watak Cikgu Dalam Filem ‘Memoir Seorang Guru’ – “Kalau Gagal, Rosak Karier & Nama Saya”

Sisi lain Rosyam Nor, kali ni bawa watak Cikgu. Jangan lupa sediakan tisu masa tengok di wayang nanti 🥲🥲

Trending Wed, 18 Apr 2018

Wow! Nasi Kerabu Original Dari Kelantan Dengan Lauk XXL

Tidak perlu pergi jauh ke Kelantan, anda kini boleh merasai sendiri kelazatan nasi kerabu di kota raya, Kuala Lumpur!

Cahaya Mata Mon, 30 Oct 2023

Akui Tak Cukup Masa Jaga Si Kecil, Neelofa Terpaksa Upah Jururawat Waktu Malam

Begitulah kalau dah jadi ibu kan, sampai tak menang tangan!

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Bakal Tunai Umrah, Zamani Mahu Taja Pelajar Tahfiz

Semoga dipermudahkan urusan Zamani di sana, Insya Allah…

Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Hadiah Misteri Buat Nora Danish Selepas Berpantang

Orang kata reward selepas berpantang untuk Nora.

Featured Mon, 25 Oct 2021
error: Content is protected !!