Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 8, 2023 @ 11:35am

Mimi Lana Teruja Bakal Lebarkan Sayap Lakonan Ke Jakarta

Pelakon Mimi Lana tampil berkongsi dirinya bakal melebarkan sayap lakonannya ke Jakarta buat pertama kali selepas 10 tahun terlibat dalam industri seni tanah air.

Menurut Mimi, dia berasa sangat teruja apabila dirinya bakal terlibat dalam sebuah penggambaran filem dari negara seberang dalam masa terdekat ini.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Mimi ketika ditemu bual di sesi bergambar Duta Seindah Kasih Media Prima, Isnin lalu.

“Insya-Allah bulan depan saya akan pergi ke Jakarta untuk shooting filem. Tapi berkemungkinan juga akan ditunda ke lepas raya sebab jadual masih belum keluar lagi.

“Ini kali pertama saya melebarkan saya ke luar negara. So far saya masih menunggu jadual dan skrip dan untuk persiapan saya akan pergi ke sana awal sedikit sebab kita perlu membuat persiapan dengan produksi sana.

“Saya pun baru sangat habis shooting untuk Mencari Ramlee. Jadi bulan ni macam nak bertenang sikit untuk buat content dan kempen. Jadi bulan depan baru saya mulakan balik shooting,” katanya.

Biarpun dirinya kini sibuk menguruskan persiapan perkahwinannya bersama Syafiq Kyle tidak lama lagi, pelakon jelita itu turut meluahkan rasa bersyukur kerana masih boleh membahagikan masa dengan baik.

“Alhamdulillah, setakat ini masa tu masih lagi boleh dibahagikan sebab saya masih muda, saya tak rasa benda tu jadi masalah untuk saya.

“Mungkin waktu saya rehat nanti bila saya rasa saya betul-betul perlu rehat. Untuk masa sekarang ni saya masih lagi mampu manage masa saya.

“Ofcourse burnout tu ada bila shooting tapi kita kena hadap je benda tu sebab mungkin ada lagi ramai orang yang lebih penat daripada kita. Dan saya rasa dengan energy yang saya ada saya patut gunakannya dengan sebaik mungkin,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 10 Dec 2021

Netizen Puji Mesej Anti-Buli Dendam Penunggu… OST Nyanyian Khai Bahar Pun Best!

Dendam Penunggu merupakan filem original pertama dibawah tonton CINEMA yang mengangkat tema anti-buli. Antara barisan pelakon yang ditampilkan dalam filem ini adalah Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Imran Aqil dan ramai lagi. Sedang hangat […]

Featured Wed, 23 Nov 2022

“Saya Inginkan Exposure” – Berbanding Watak, Nabil Aqil Lebih Memilih…

Pelakon Nabil Aqil memberikan fokus kepada pemilihan stesen televisyen (TV) untuk mencipta nama dalam industri. Menurut Nabil, pemilihan stesen TV penting kerana dia mahu hasil kerjanya ditonton orang ramai. “Saya nak exposure, nak orang tengok! […]

Trending Wed, 12 Feb 2020
Featured Fri, 6 Jan 2023

Tak Kisah Berpakaian Sederhana, Fynn Jamal Berniqab Demi Kejar Ganjaran Akhirat

Penyanyi Fynn Jamal yang sudah beristiqamah mendekatkan diri dengan hal keagamaan berpesan untuk tidak terlalu taksub dengan fesyen yang lagha. @ayana2262 #assalamualaikum_🙏 ♬ bunyi asal – 𝚈𝚊𝚗𝚊1202 Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh […]

Hiburan Tue, 4 Oct 2022
Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Salman Khan takut nak kahwin!

Dua tahun lalu, bintang filem ‘Dev Das’ ini  pernah juga membuat pengakuan tidak mahu berkahwin atas sebab tidak mampu menjadi seorang suami yang baik.

error: Content is protected !!