Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa January 5, 2023 @ 2:57pm

Lucu! Slang Maryam Younarae Luah Perasaan Buat Netizen Terhibur – “Balik Malaysia Rasanya…”

Pasangan pempengaruh, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae pulang ke Korea bersama dengan anak perempuan mereka, Rina sekitar bulan lalu.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Maryam di TikTok yang memaparkan dirinya sedang meluahkan perasaan setelah kembali pulang ke Malaysia.

Menerusi hantaran tersebut, Maryam memberitahu bahawa cuaca di Malaysia panas sambil mengelap peluh di mukanya.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah ‘slang’ Maryam ketika meluahkan perasaannya tersebut.

“Balik Malaysia rasanya cuaca lagi panas, panas gila mampus. Macam mana?” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dan suka mendengar ‘slang’ Maryam tersebut.

“Tergelak aku hahaha.

“Dia punya rasanya macam berikrar time kawad dah hahaha.

“Sakit perut aku ketawa hahaha.

“Weh hahaha cute betul.

“Ni siapa lah agaknya jadi tok guru yang mengajar bahasa Melayu untuk Maryam. Hebat sungguh bahasanya,” komen netizen.

Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir yang turut bersetuju dengan apa yang disampaikan olehnya itu.

“My mom and dad baru je balik dari Korea. Sama gila Maryam punya reaction dengan my mom and dad hahaha.

“Panas gila mampus. Memang panas kak sekarang ni hahaha.

“Aduh kesian dia, memang panas.

“Bulan 11 dan 12 syok Malaysia hujan sejuk. Ni dah start musim panas.

“Betul Maryam, awal tahun ni panas terik,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1 juta tontonan, 94,000 tanda suka dan lebih 1273 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Mar 2022
Kisah Viral Fri, 12 Jun 2026

Jangan Mudah Terpedaya! iPhone Kini Dijadikan Cagaran Pinjaman Tidak Berlesen

Satu trend baharu melibatkan pinjaman wang tidak berlesen menggunakan iPhone sebagai cagaran kini semakin membimbangkan.

Hiburan Tue, 25 Jun 2024
Trending Mon, 1 Oct 2018

Sanggup Bergadai Nyawa Demi Ratusan Penumpang, Hero Palu Ini Akan Terus Diingati

Anthonius tidak menghiraukan keselamatannya dan dia terus membantu pesawat 6321 Batik Air berlepas dengan selamat.

Trending Thu, 18 Feb 2021
Acara Mon, 10 Apr 2023

Mira Filzah Tolak Dakwaan, Perniagaan Tudung Bukan Alasan ‘Back Up’ Kerjaya Seni

Wah! semua koleksi tudung Mira lawa-lawa. Rambang mata min😍😍😍

error: Content is protected !!