Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi May 21, 2024 @ 1:18pm

Kes Masak Mi Segera Di Stesen Minyak: Beri Alasan Lapar & Jauh Dari Nozel Minyak, 4 Individu Didenda RM500 Seorang 

Empat individu termasuk seorang pembantu pergigian dan ejen hartanah mengaku bersalah di Mahkamah Bentong hari ini atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang lain apabila memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak.

“Tak tahu ke bahaya masak di stesen minyak kemudian muat naik di media sosial pula,” soal Majistret Nadratun Naiem Zainan.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh iaitu Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran Ji, 24; Nurfatin Irdina Shahrulnizam, 24; Nur Anis Salleh, 24; dan Nur Azira Azman, 23, pada 12 Mei lebih kurang jam 1.30 pagi didakwa memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Taman Cendawan, Genting Highlands, yang merupakan satu perbuatan sebegitu gopoh hingga membahayakan keselamatan diri orang lain.

Nadratun turut mempersoalkan bagaimana timbulnya idea memasak di kawasan terbabit.

Nurfatin memberitahu perbuatan itu dilakukan secara rawak dan memberikan alasan lapar selain mereka kesemua mengakui kesilapan yang dilakukan.

Fadhli juga mengakui mereka merancang untuk memasak di tempat lain tapi sudah penuh dan mendakwa kawasan memasak ketika itu jauh dari nozel minyak.

Kesemua tertuduh disabitkan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda hingga RM500 atau kedua-duanya.

Ketika proses rayuan, kesemua tertuduh memohon denda yang rendah dan masing-masing memberikan alasan masih menanggung kedua ibu bapa, adik beradik serta mengakui kesalahan kali pertama yang dilakukan mereka.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid meminta hukuman setimpal diberikan kepada kesemua tertuduh sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai.

“Ini kerana kejadian berkenaan telah menarik perhatian awam dan menimbulkan persepsi dan kontroversi negatif kepada masyarakat,” katanya lagi.

Nadratun kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM500 seorang dan tiga hari penjara jika denda gagal dijelaskan.

Kesemua tertuduh menjelaskan denda masing-masing.

Terdahulu tular di media sosial sekumpulan lelaki dan wanita memasak mi segera menggunakan dapur gas mudah alih dan menjamu selera di perkarangan stesen berkenaan.

Rakaman dipercayai dibuat sendiri rakan mereka itu, dikecam warganet kerana perbuatan itu boleh mengundang bahaya kerana stesen minyak adalah kawasan berisiko dan mudah terbakar.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Nov 2024

“Moga Dia Menjadi Penyanyi Yang Berjaya, Tak Tumpang Populariti Orang Lain &  Hanya Padang Mahsyar Boleh Menjawab”- Aisha Retno

Penyanyi berbakat, Aisha Retno tampil memberikan respons berhubung kontroversi yang berlaku melibatkan pembatalan konsertnya, ‘Konsert Malam Sutera Aisha Retno’.

Featured Tue, 21 Jan 2025

[VIDEO] “Saya Sepatutnya Berada Di Dalam Flight MH370…” – Shila Amzah

Waktu tu saya tengah shooting I Am A Singer Season 2 dan…

Featured Sat, 10 Sep 2022
Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Sat, 12 Apr 2025

Kongsi Momen Majlis Nikah Aisyah Aziz, Neelofa Sebak – “Gembira Jadi Sebahagian Dari Hari Istimewa Mereka”

Neelofa sebak menyaksikan Aisyah bersalaman dan berpelukan dengan keluarganya .

Trending Thu, 18 Mar 2021

“Kalau Tak Boleh Tag Instagram Seseorang, Terus Orang…” – Aishah Jawab Dakwaan Tak Bertegur Dengan Siti Nurhaliza, Rupanya-Rupanya…

Penyanyi otai, Aishah menjawab gosip yang mendakwa dirinya dan penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak bertegur sapa. Aishah yang menggantikan Siti menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang berlangsung […]

Trending Mon, 2 Nov 2020
#BabyXTRA Fri, 10 Mar 2023

#BabyXTRA: Isteri ‘Burnout’ Semasa Berpantang… Suami Pula ‘Lepas Tangan’? Aeril Zafrel Kongsi Tips Penting

Banyak kes suami selalu lepas tangan kan terutamanya bila isteri tengah pantang 😌 Aeril wajar jadi suami contoh!

error: Content is protected !!