Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 7, 2022 @ 6:28pm

Didakwa Suka Telanj*ngkan Artis Dalam Drama, Pengarah Shuhaimi Lua Nafi Ambil Kesempatan – “Babak Dalam Air Takkan Nak Pakai Jubah..”

Pengarah, Shuhaimi Lua Abdullah tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya sengaja mengambil kesempatan terhadap pelakon lelaki dengan memberikan arahan untuk mereka membuka baju semasa penggambaran.

Ia susulan sebuah video tular di ruangan TikTok yang memaparkan pelakon Fadlan Hazim membuat aksi dalam kolam renang telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Sebelum ini, penyanyi yang mula berkecimpung dalam bidang lakonan, Noki turut menerima tempias yang sama gara-gara mendedahkan badannya kepada umum untuk sebuah drama arahan Shuhaimi.

Dalam pada itu, Shuhaimi tidak menafikan bahawa adegan tidak berbaju dalam drama ini boleh menarik ramai penonton, namun haruslah untuk babak yang bersesuaian.

“Tak dinafikan, ada beberapa adegan Noki tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek. Saya yakin, bila tayang tubuh seksi, baru ramai nak tengok.

“Namun, adegan buka baju itu hendaklah bersesuaian dengan watak yang dilakonkan. Takkan babak mandi kolam renang atau tasik nak kena pakai jubah.

“Terbaru, pelakon Fadlan  pula berlakon babak tanpa berbaju dalam drama Chinta Arjuna yang kini masih dalam penggambaran.

“Babak itu juga dibuat ada logiknya. Ia menampakkan apabila sedang tertekan, Fadlan akan memilih untuk berenang,” tegasnya.

Sementara itu, Shuhaimi turut berkata sebagai pengarah dia terlebih dahulu telah menjelaskan kepada pelakon-pelakonnya mengenai aksi buka baju itu.

“Ramai yang kata saya suka telanjangkan artis dalam drama. Sebenarnya tidak!

“Saya juga memberi pilihan kepada para pelakon untuk bukak baju atau tidak. Saya akan buat jika mereka tidak ada masalah.

“Saya tahu syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh LPH. Jadi apa yang saya buat tidak melanggar peraturan badan tersebut,” katanya.

“Tak timbul soal saya nak tengok badan artis, nak ambil kesempatan dan sebagainya. Semasa awal-awal baca pun, babak ini memang dah ada dan Fadlan setuju buat,” ujarnya.

Sumber: mStar, Murai.my, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sun, 12 May 2019

Find Out Your Personality by Building Your Ideal Home in this Quiz

This may help you decide on how to (re)decorate your home too.

Featured Wed, 7 Dec 2022

“Saya Ambil Peluang Mengubati Kerinduan…” – Zamani Hanya ‘Memanaskan Badan’

Kuat semangat Zamani ni. Semoga diberi kesembuhan sepenuhnya

Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Baru Bernikah, Sasha Saidin Dah Dituduh Perampas

Apa-apa pun dah selamat pun bernikah…doakan lah kebahagiaan mereka ye?

Featured Thu, 27 Feb 2025

Dituduh Ubah Wajah, Fathia Latiff Nafi Lakukan Rawatan Ekstrem

Fathia Latiff enggan mengambil pusing kritikan mengenai perubahan wajahnya.

Events Mon, 2 Dec 2019
Featured Tue, 6 Feb 2024
familuv Fri, 30 Nov 2018

Pakar Kongsi Keburukan Telefon Bimbit Pada Kanak-Kanak. Take Note Ya Para Ibu Bapa!

Telefon bimbit beri kesan negatif pada fizikal dan mental kanak-kanak.

Hiburan Thu, 23 Oct 2025

“Hakikatnya Bertahan & Berjuang Demi Anak Itu Tak Mudah… Pengakhiran Juga Satu Jawapan Tepat” – Raja Ilya

Raja Ilya menegaskan perceraian bukan satu kegagalan sebaliknya sebuah pilihan tepat

error: Content is protected !!