Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir December 7, 2022 @ 5:41pm

“Saya Ambil Peluang Mengubati Kerinduan…” – Zamani Hanya ‘Memanaskan Badan’

Baru-baru ini, penyanyi terkenal, Zamani dilihat membuat persembahan di pusat beli-belah di Kuala Lumpur selepas sebulan menjalani pembedahan tulang belakang.

Memetik laporan Utusan, dia masih belum mampu beraksi sepenuhnya kerana perlu memastikan proses pemulihan berjalan lancar.

Menurut pelantun Gerimis Mengundang ini, persembahan tersebut merupakan sesi ‘memanaskan badan’ selepas sebulan berehat.

Selain itu, lokasi yang diadakan berhampiran kediamannya jadi dia menguatkan diri membuat persembahan bagi menguji tahap kemampuannya.

“Saya memenuhi undangan itu sebagai sesi percubaan untuk memanaskan badan setelah hampir sebulan berehat. Ini juga sebagai proses pemulihan dan fisioterapi.

“Oleh kerana persembahan ini singkat dan di lokasi berhampiran rumah, saya ambil peluang mengubati kerinduan dengan menghiburkan peminat yang tidak berhenti memberikan sokongan selama ini,” katanya.

Terdahulu, doktor memaklumkan bahawa Zamani akan pulih dan boleh aktif semula dalam masa tiga bulan bergantung kepada kekuatan antibodi.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kembali Bekerja Selepas Sebulan Pembedahan, Netizen Mohon Zamani Berehat Dahulu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Dec 2025

Tidak Ada Lamaran Formal, Erra Fazira Dirisik 6 Minggu Lalu.. Anak Beri ‘Green Light’

Kata Erra, lamaran terjadi apabila kedua belah keluarga berjumpa buat pertama kali.

#tilljannah Thu, 29 Sep 2022
Selebriti Wed, 14 Feb 2024
Featured Thu, 2 Mar 2023

[VIDEO] “Saya Tak Peduli Siapa Yang Saya Hilang Asalkan…” – Kapsyen Bella Astilah Curi Perhatian

Kenapa Bella makin kurus ni? Min harap Bella baik baik saja 💕❤️

Ijab & Kabul Sat, 18 Nov 2023
Featured Sun, 18 Jul 2021

“Semua Orang Nak Cari Gaduh Dan Cakap Bukan – Bukan Pada Saya, Saya Sedih”.. – Ebit Lew

Sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tiktok yang memaparkan luahan rasa Ustaz Ebit Lew mendapat perhatian ramai. Menerusi video tersebut, Ustaz Ebit Lew dilihat meluahkan kekesalan beliau terhadap segala kata-kata yang dilemparkan oleh segelintir […]

Hiburan Fri, 10 Jan 2020
error: Content is protected !!