Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 19, 2020 @ 7:18am

Vokal Mania: Rookie Mana Yang Layak Ke Pentas Final? Saksikan Keputusannya Malam Ini!

Lapan rookie telah berentap di minggu separuh akhir program realiti Vokal Mania yang berlangsung dengan meriah minggu lalu

Daripada 24 orang rookie, hanya lapan peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Vokal Mania: Afieq, Danial & Eranzz Antara 8 Rookie Berjaya Mara, Jom Recap Minggu Semi Final!

Mereka ialah Afieq Shazwan, Danial Chuer, Alif Kadim, Yuveena, Aisha Retno, Eranzz Lambert, Daus Husny dan Aedy Kama.

Memberikan persembahan yang baik, lapan orang rookie diadili berdasarkan 70 peratus daripada penilaian juri tetap dan 30 peratus daripada undian peminat

Hanya empat orang rookie bakal bertarung dengan empat orang idol, Aina Abdul, Lan Solo, Indah Ruhaila dan Tomok di pentas akhir Vokal Mania.

Siapa yang bakal mara ke pentas penentuan Vokal Mania? Sama-sama nantikan jawapannya jam 9 malam ini di TV3!

Pada episod akhir Vokal Mania, seorang idol akan memenangi wang tunai bernilai RM50,000 dan seorang rookie akan memenangi hadiah bernilai RM30,000 termasuk wang tunai, satu rakaman lagu dan sebuah muzik video.

Jangan lupa saksikan Vokal Mania setiap Sabtu, jam 9 malam di TV3!

Vokal Mania juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv.

Layari www.xtra.com.my serta laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Feb 2026

“Tak Perlu Blur Muka Saya” – Mahu Lihat DJ Kidd Bekerja, Emma Maembong Mengaku Masuk Kelab Malam

Emma Maembong mengaku individu yang dimaksudkan sebagai ‘Pelakon Wanita Popular Di Kelab Malam’

Hiburan Thu, 16 Mar 2023
Featured Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Sun, 11 Jan 2026

“Kami Tak Kejar Besar Semata-Mata” – Issey Fazlisham Gabung Elemen Seni, Keluarga & Komuniti

Issey Fazlisham mahu menyatukan elemen seni, keluarga dan komuniti.

error: Content is protected !!