Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 9, 2022 @ 3:55am

[VIDEO] “Blushing! Rasa Macam Tengku Cakap Depan Muka Pula…” – Ramai Kagum Sifat ‘Humble’ Tengku Hassanal Ibrahim

Baru-baru ini tular sebuah video di laman sosial TikTok menunjukkan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah Shah yang dilihat mesra menyapa pelajar dari Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) Kuantan, Pahang yang berada di Kaherah, Mesir.

Tindakan Tengku Hassanal yang tidak kekok menegur dan bertanyakan khabar kepada pelajar membuatkan ramai dalam kalangan warganet berasa kagum dan teruja dengan susuk anak muda berusia 27 tahun itu.

@_nfz4i orang kata suara tu mahal , ✊🏻😂 ” harapan mak ayah ” #unipsas #tengkuhassanal #alazharuniversity #studen #cairo_egypt #egyp ♬ Original Sound – Unknown

 

Selain mempunyai rupa paras yang menawan, Tengku Hassanal Ibrahim juga terkenal dengan sifat ramah dan merendah dirinya.

Malah, sikap sentiasa mengambil berat terhadap rakyat tidak kiralah tua mahupun muda menjadikan baginda sentiasa mendapat tempat istimewa dihati rakyat.

Sehingga kini, video berdurasi 28 saat yang dikongsikan di akaun TikTok milik @partneralep itu, telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih 100,000 tanda suka beserta komen positif dari warganet.

Untuk rekod, Tengku Hassanal Ibrahim hadir pada majlis perasmian bangunan baharu Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di Kaherah, Republik Arab Mesir pada 7 November lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Jan 2025

“Kami Serah Pada Rezeki, Cepat Atau Lambat Kami Terima” – Mira Filzah

Mira dan suami sebelum ini menangguhkan perancangan untuk hamil kerana anak pertama masih kecil.

Hiburan Thu, 17 Nov 2022

Comelnya! Gelagat Eyra Hazali & Anak Buat Trend TikTok Raih Pujian Netizen

Anak kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Hayder Qhalish sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan gelagat comelnya bersama ibunya. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Eyra di laman TikToknya ketika mereka berdua sedang […]

Hiburan Sun, 12 Sep 2021

“Rezeki Tak Pernah Salah Alamat” – 2 Tahun Rehat, Amira Othman Bersyukur Kini Kembali Aktif

Selepas hampir dua tahun tak muncul dengan karya baharu, penyanyi Amira Othman bersyukur rezekinya datang mencurah-curah walaupun dalam keadaan pandemik. Sebelum ini, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 28, berehat kerana mengalami kecederaan otot. […]

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Lelaki Hina Abam Isu DNA Anak, Tampil Mohon Maaf!

Tahniah Abam kerana memaafkan tindakan lelaki tersebut terutamanya dibulan mulia ini.

Trending Fri, 5 Jan 2024

Hamdan Senario Meninggal Dunia

Semoga Allahyarham Hamdan Ramli ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

error: Content is protected !!