Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 12, 2021 @ 2:28pm

“Rezeki Tak Pernah Salah Alamat” – 2 Tahun Rehat, Amira Othman Bersyukur Kini Kembali Aktif

Selepas hampir dua tahun tak muncul dengan karya baharu, penyanyi Amira Othman bersyukur rezekinya datang mencurah-curah walaupun dalam keadaan pandemik.

Sebelum ini, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 28, berehat kerana mengalami kecederaan otot.

“Alhamdulillah, rezeki tak pernah salah alamat. Setelah hampir dua tahun tak muncul dengan mana-mana single dan sembuh sepenuhnya daripada kecederaan otot sebelum ini, kini saya lebih bersemangat untuk meneruskan kerjaya seni saya.

“Saya kembali aktif dengan single Surat Akhir yang dilancarkan pada Februari lalu. Baru hanya tiga bulan single Surat Akhir dilancarkan, saya menerima panggilan daripada sebuah produksi yang menyatakan keinginan mereka untuk menggunakan karya baharu saya berjudul Tragedi sebagai lagu tema sebuah drama bersiri,” katanya.

Menurut Amira, lagu Tragedi telah mula dihasilkan sejak tahun 2011 lagi. Namun pada ketika itu, beliau belum berkecimpung sebagai seorang penyanyi professional.

“Sebenarnya lagu ini telah dicipta sebelum saya menyertai industri hiburan lagi dan ketika itu saya berangan-angan untuk menjadi seorang penyanyi. Melodinya mendapat sentuhan istimewa komposer yang disegani iaitu Sharon Paul, manakala liriknya adalah nukilan saya sendiri.

“Rakaman asal lagu ini pada tahun 2011 terpaksa dirombak semula kerana tona vokal yang berbeza. Jadi, pihak pengurusan mencadangkan agar ia diolah semula pada bulan yang Mei lalu.

“Proses rakaman tidak mengambil masa yang lama kerana saya sudah menghafal lagu tersebut, lebih-lebih lagi ia adalah lagu pertama ciptaan saya sejak menceburi industry nyanyian dan ia mempunyai nilai sentimental yang tersendiri,” katanya.

Lagu Tragedi boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi kesemua syarikat telekomunikasi di seluruh negara serta boleh didengari di aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 14 Jan 2019

Hanya Kerana Tweet Ucapan Tahun Baru Guna Iphone, Dua Pekerja Huawei Di Gantung

Tweet Ucapan Tahun Baru Guna Iphone, Dua Pekerja Huawei Diturunkan Pangkat Dan Potong Gaji

Hiburan Thu, 25 Sep 2025
Hiburan Mon, 27 Mar 2023
Featured Tue, 26 Apr 2022
Trending Tue, 17 Jul 2018

PTPTN Borrowers, Please Update Your Info Within 9 Days

If you don’t you might just regret it.

Hiburan Tue, 25 Dec 2018

#mentor7: ‘Ya, Saya Memang Kenal Datuk Syafinaz Sebelum Ini’ – Lazarul

Saya sedar ramai yang bertanyakan hal ini dan terbaca mengenainya di blog-blog hiburan.

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Debaran Ezzaty Abdullah Berlakon Dengan Legend!

Saya pernah bertemu dengan beliau sebelum ini namun tidak berkesempatan berlakon sama. Jadi peluang bertemu dan berlakon sekali dengan Uncle Jalil Hamid, saya gunakan sebaiknya.

Featured Wed, 11 Jun 2025

Bergayut Lebih 48 Jam, Ini Respons Ameera Khan – “Saya Clingy, Jefri Nichol Juga Clingy”

48 jam bergayut tanpa henti tidak menjadi masalah buat Ameera Khan dan Jefri Nichol.

Featured Tue, 8 Nov 2022

Comelnya! Gelagat Anak Eyra Hazali Merengek Nak Gift Lion Raih Perhatian Netizen

Anak kepada pelakon Eyra Hazali, Hayder Qhalish sekali lagi mencuri tumpuan warganet dengan telatah comelnya. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok @waaa., gelagat Hayder yang merengek meminta ‘lion’ dari bapanya, Haziq Nadzli telah […]

error: Content is protected !!