Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 3, 2018 @ 2:00pm

Debaran Ezzaty Abdullah Berlakon Dengan Legend!

Siapa yang dah tonton video pendek Ikhtiar lakonan hebat Jalil Hamid dan Ezzaty Abdullah? Memang terbaiklah lakonan mereka, sebak dalam masa sama lucu pun ada!

Video berdurasi 6 minit 30 saat itu mengisahkan kehidupan sebuah keluarga sederhana di sebuah kampung. Watak Abah (lakonan Jalil Hamid) bekerja sebagai seorang pemandu yang membesarkan dua anak perempuan tanpa isteri di sisi.

Ezzaty ketika dihubungi memaklumkan ia merupakan pertemuan keduanya dengan pelakon hebat, Jalil Hamid.

“ Saya pernah bertemu dengan beliau sebelum ini namun tidak berkesempatan berlakon sama. Jadi peluang bertemu dan berlakon sekali dengan uncle Jalil Hamid, saya gunakan sebaiknya.

“ Saya seronok dan teruja dapat berkongsi pengalaman dengan beliau. Walaupun hanya berpeluang berkongsi set penggambaran untuk sehari sahaja, namun ia memberi pengalaman indah buat sana,” katanya ringkas.

Drama pendek ini juga mempersembahkan elemen nasihat terhadap semua graduan yang gagal mendapat pekerjaan walaupun sudah memiliki segulung ijazah.

“ Jangan sesekali putus harapan dalam mencari pekerjaan. Usaha perlu ada dan seterusnya tawakal. Graduan boleh mendapatkan bantuan menerusi laman sesawang Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).

“ Di sana, pelbagai peluang pekerjaan disediakan. Jangan risau, semua masalah ada penyelesaiannya,” katanya.

Terdahulu, pelakon berusia 27 tahun ini pernah melakukan pembedahan akibat payudara bernanah pada awal tahun lalu.

“ Kalau nak tahu, sewaktu penggambaran Ikhtiar, saya dah mula sakit (payudara bernanah). Waktu di set, saya juga tak banyak bercakap namun saya selesaikan kerja sebaiknya. Alhamdulillah, kesihatan dah beransur pulih,” katanya.

Ibu kepada si comel Harum Dalia ini turut berkongsi pengalaman membesarkan anak perempuan hasil perkahwinannya dengan pelakon Azwan Kombos.

“ Cukup seronok! Kami bergilir-gilir menjaga Harum. Kalau saya tak shooting, saya akan duduk di rumah dan menjaga Harum, begitulah sebaliknya. Tetapi jika saya dan suami ke lokasi penggambaran, kami hantar dia ke rumah kakak ipar.

“ Kebanyakan masa, saya yang menjaga. Letih selepas shooting memang akan hilang bila melihat wajah anak, memang indah pengalaman bergelar seorang ibu. Alhamdulillah,” akhirinya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

GEMPAR! MAT SALLEH MASUK HUTAN DENGAN SIAPA TU?

Hafiz Hatim bersama Ivan Carter – penyelidik hidupan liar terkenal menerusi rancangan Carter’s W.A.R. di Outdoor Channel Asia bakal bersiaran di tonton mulai 27 Oktober 2017. Hafiz Hatim yang juga penyampai radio di stesen Fly FM kini menjalani penggambaran bersama Ivan Carter di lokasi sekitar negeri Perak

Hiburan Wed, 17 Apr 2019

BTS ft Halsey’s ‘Boy With Luv’ Shoots Up High on Spotify

Our Oppas are making their way to the top of the charts!

Agama Mon, 24 Jun 2024

Ceramah Ustaz Don Di Seluruh Selangor Ditangguhkan? 

Pihak Jais pun belum beri sebarang kenyataan.

Hiburan Wed, 10 Jan 2024
Hiburan Thu, 2 Jun 2022
Cahaya Mata Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Thu, 13 Apr 2023
error: Content is protected !!