Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 27, 2023 @ 1:42pm

Wali Band Bakal Hangatkan Zepp KL 20 Mei Depan!

Selepas kejayaan menyatukan dua nama popular Indonesia, Nidji dan Budi Doremi di Zepp Kuala Lumpur pada 19 Mac 2023, Dream Festival Collaboration terus mengukuhkan jenamanya di Malaysia apabila membariskan pelbagai siri konsert mini yang bakal mengujakan pencinta muzik.

Turut mengambil tempat di Zepp Kuala Lumpur, Wali Band bakal menghangatkan pentas dengan himpunan lagu popular mereka dalam rangka persembahan Dream Festival Collaboration Vol. 2 pada 20 Mei depan.

Pengarah Projek DreamFestWorld, Rama Ananda Ambri berkata, Dream Festival bermula di Jakarta, Indonesia, tahun lalu sebagai memenuhi impian pemuzik untuk meraikan kebebasan dalam berekspresi selepas aktiviti seni tertunda gara-gara pandemik Covid-19.

“Sehingga kini, siri Dream Festival sudah dipentaskan sebanyak 11 kali di Indonesia menampilkan persembahan daripada nama terkenal seperti Rossa, Afgan, Lyodra, Nidji, D’masiv, The Changcuters, Rizky Febian, Kahitna dan Project Pop.

“Kejayaan yang dilakar menerusi siri persembahan di kota besar seperti Jakarta dan Bandung memberi kami inspirasi untuk turut menyapa peminat muzik di Malaysia.

“Justeru, kami membawakan Dream Festival ke Kuala Lumpur dengan mengangkat tema kolaborasi yang menyaksikan kehebatan gandingan nama popular dan berpotensi besar dari dua negara beraksi di atas satu pentas,” katanya.

Rama Ananda atau mesra disapa Anda berkata, pemilihan Wali Band sangat bertepatan, susulan kejayaan persembahan mereka di Singapura, baru-baru ini yang mendapat sambutan luar biasa.

Katanya, Wali Band juga masih memiliki kelompok penggemar yang utuh, membuatkan mereka enggan bertangguh untuk menampilkan kumpulan yang popular dengan lagu seperti Doaku Untukmu Sayang, Cari Jodoh, Baik-Baik Sayang dan Ada Gajah Di Balik Batu itu di Kuala Lumpur.

“Selepas 24 tahun berkarya, populariti Wali Band terus ampuh dan tentunya peluang ini dinanti-nantikan semua, terutama bagi peminat yang merindui kemunculan terbaru mereka di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dream Festival (@dreamfestworld)

“Wali Band memiliki kelompok penggemar yang sangat besar kerana lagu yang dibawakan mereka menitipkan pelbagai nasihat untuk dijadikan teladan, terutama bagi generasi muda.

“Justeru, Dream Collaboration Vol.2 berbangga dapat membawakan mereka untuk menghiburkan para pencinta muzik di Malaysia,” katanya.

Wali Band yang sebelum ini dikenali sebagai Fiera dianggotai empat tonggak utama iaitu Farhan Zainal Muttaqin atau Faank (vokalis), Aan Kurnia (Apoy/gitaris), Ihsan Bustomi (Tomi/dram) dan Hamzah Shopi (Ovie /keyboard).

Kumpulan yang memperjuangkan muzik Pop Melayu ini terlebih dahulu beraksi di The Star Theatre, The Star Performing Arts Centre, Singapura menerusi konsert Wali Cari Jodoh Live In Singapore, 25 Februari lalu.

Memulakan karier seni pada 1999, populariti Wali Band membawa mereka mengembara ke rantau Asia, termasuk Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong untuk mengetengahkan muzik mereka.

Berkongsi lanjut, Anda berkata, selepas Wali Band, siri Dream Festival Collaboration akan terus disemarakkan dengan kemunculan beberapa nama besar lain seperti band rock tersohor Indonesia, Jamrud yang bakal beraksi di lokasi sama pada 23 Jun 2023, disusuli penyanyi wanita unggul, Rossa dan beberapa nama popular lain yang bakal diumumkan kelak.

“Ini adalah masa terbaik untuk pencinta muzik meraikan karya hebat pemuzik serantau. Kami berharap inisiatif yang digerakkan Inspire. IDN dapat meninggalkan memori indah, sekali gus memberikan apresiasi terhadap usaha pengkarya seni kedua-dua negara menerusi perkongsian idea dan persembahan,” katanya.

Tiket untuk menyaksikan persembahan Wali Band dan Jamrud boleh ditempah serentak menerusi laman ticket2u.com.my bermula 22 Mac 2023, jam 11 pagi.

Untuk Wali Band, tiket dijual pada harga RM198 (Festival), RM298 (Kategori 2), RM358 (Kategori 1) dan RM5,088 (VIP Box), manakala Jamrud, tiket dijual bermula RM138 (Festival), RM199 (Kategori 2) dan RM258 (Kategori 1).

“Sebagai tanda penghargaan, peminat Wali Band berpeluang mendapatkan tiket RM198 pada harga diskaun 50 peratus dengan menyertai Dreamers Club Telegraph. Tawaran istimewa ini bagaimanapun, terhad.

“Layari laman Instagram: @dreamfestworld dan ikuti beberapa langkah untuk mendaftar sebagai ahli kelab Dreamers bagi mendapatkan pelbagai promosi menarik serta perkembangan terkini acara anjuran DreamFest di Malaysia serta Indonesia,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 14 Mar 2021
Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Hiburan Mon, 15 Jan 2018

晒与3已故巨星合照 王杰:只剩下我一个了

歌手王杰近日无故被网友咒骂,13日在公开私讯截图并表示要提告该网友后,14日一早却突然将过去所有微博贴文删除,仅留下一则名为「我对得起自己」的网志文章。同日晚间他突然晒出一张​​与梅艳芳、张国荣及陈百强的合照并表示“这张照片四个人之中,只剩下我一个了,一个人会很孤独寂寞的…”

Hiburan Wed, 5 Nov 2025
Hiburan Thu, 24 Apr 2025

Eyka Farhana Gementar Tapi Teruja, Persiapan Nikah Hampir Selesai

Persediaan majlis kahwin Eyka Farhana Akhyar Rashid 80 peratus

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

“Syurga Tempat Terbaik Untuknya” – Mimi Lana Reda, Janji Teruskan Tanggungjawab Arwah Abang

Mimi Lana meluahkan rasa cemburu terhadap cara pemergian abang tersayang

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Wed, 25 Sep 2019

Nik Michael Tak Galakkan Anak Pilih Cef Sebagai Kerjaya Tapi Mesti Pandai Memasak

Siapa ingat dengan ‘chef’ selebriti, Nik Michael Imran? Pernah mengacarakan program Helo Bro…Tolong Masak, Dapur Panas dan memiliki restoran sendiri, PickNick, di Solaris Dutamas, Publika suatu ketika dahulu, kini Nik lebih selesa menumpukan perhatian kepada […]

error: Content is protected !!