Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 24, 2026 @ 1:06pm

“Syurga Tempat Terbaik Untuknya” – Mimi Lana Reda, Janji Teruskan Tanggungjawab Arwah Abang

Pelakon, Mimi Lana meluahkan rasa cemburu terhadap cara pemergian abang tersayang, Allahyarham Muhamad Sharul Affandy yang kembali ke rahmatullah pada bulan yang mulia ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Mimi atau nama lengkapnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 31, menyifatkan pemergian arwah sebagai satu pengakhiran yang indah dan penuh kemuliaan.

“Ya Allah, kalau suatu hari nanti aku pergi, ambillah aku seperti mana kau ambil abang aku.

“Aku sangat mencemburui kepergiannya di bulan Ramadan ini. Pasti ada asbab kebaikkan yang dibuatnya sehingga Kau mengangkat tinggi darjat kepergiannya ini,” tulisnya.

Menurut Mimi, arwah abangnya pergi dalam keadaan yang cukup tenang dan dipermudahkan segala urusan.

“Muka abang macam tidur saja. Abang mudah sangat diuruskan. Masih tak percaya abang dah tak ada,” luahnya.

Sementara itu, isteri kepada aktor, Syafiq Kyle ini turut berjanji akan memikul tanggungjawab yang selama ini digalas arwah abangnya.

“Adik janji akan ambil tanggungjawab yang abang dah galas selama ini dengan sebaik-baiknya.

“Seorang abang, suami, anak dan kawan yang baik. Syurga tempat yang terbaik untuk abang sebab itu Allah ambil abang,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Sekadar info, abang Mimi, allahyarham Muhamaf Sharul Affandy Zainal Abidin meninggal dunia pada Ahad, 22 Februari 2026 sekitar jam 12:30 tengah hari.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Aug 2023
Featured Sat, 7 Jul 2018

Anak Kylie Jenner Masih Belum Boleh Jalan, Tapi Dah Ada Koleksi Kasut Bernilai RM88,880!

Kita yang daripada golongan marhaen ini hanya boleh mimpi.

Hiburan Thu, 22 Sep 2022
Hiburan Sat, 20 Apr 2019

Bertahan Hanya 2 Tahun, Adele Sah Bercerai

Tiada lagi komen lanjut memandangkan keduanya meminta diberi ruang buat sementara waktu.

Featured Wed, 4 Mar 2026

“Ramadan Ajar Kita Erti Sabar & Elak Lakukan Perkara Tak Baik”- Fazura Kongsi Pesan Ramadan Bikin Ramai Tersentuh

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura berkongsi refleksi mengenai pengertian Ramadan terhadap dirinya sekali gus mengingatkan orang ramai agar memanfaatkan bukan keberkatan ini dengan terus istiqamah.

Featured Wed, 5 Apr 2023
Featured Thu, 21 May 2026

Aznil Nawawi Buka Tabung Kutip Dana Buat Adrian Adam – “100 Peratus Bertujuan Untuk Perubatan & Saraan”

Pak Nil prihatin dengan nasib yang menimpa anak Amyza Aznan, Adrian Adam.

error: Content is protected !!