Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 1, 2022 @ 5:13pm

Hampir 2 Bulan Berumah Tangga, Shahir Zawawi Akui Bahagia & Alami Pertambahan Berat Badan Sebab…

Hampir dua bulan mendirikan rumah tangga bersama suri hati, Jaskin Jaludin, penyanyi Shahir Zawawi akui yang kini lebih bahagia kerana ada isteri yang mengurus sehingga mengalami pertambahan berat badan.

“Selepas kahwin saya semakin berisi. Alhamdulillah, semuanya lebih teratur dan pemakanan juga terjaga.

“Kalau nak tanya berapa banyak badan naik, anda tengok sudah tahu. Isteri saya memang pandai memasak.

“Masa bujang saya boleh kawal pemakanan, tetapi sekarang, bila isteri masak takkan saya tak nak makan,” katanya kepada BH Online.

Namun begitu, memetik laporan BH Online, pelantun lagu Kebahagian Dalam Perpisahan itu menyatakan bahawa dia tidak risau untuk tampil di media sosial dengan imejnya sekarang.

“Dahulu, saya tidak suka keluar dalam media sosial apabila badan saya berisi. Tetapi, sekarang saya amalkan konsep reda apabila bersama ustaz.

“Jadi, saya reda sahaja berat badan sekarang. Yang penting, saya sihat,” ujarnya lagi.

Untuk info, Shahir telah selamat disatukan dengan suri hati pilihannya pada 3 September lalu yang berlangsung di sebuah premis perkahwinan di One City, Subang Jaya.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 21 Jun 2019

Gambar Sekitar Majlis Menempah Bidan Puteri Sulung Yang Dipertuan Agong, Tengku Iman Afzan

Pasangan diraja Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas dan kini menanti cahaya mata pertama mereka.

Featured Fri, 8 May 2020

Majikan perlu patuhi Garis Panduan Pengurusan COVID-19 untuk lindungi pekerja

Pekerja juga bertanggungjawab elak penularan di tempat kerj

Hiburan Thu, 18 Jul 2024

Pernah Teruk Dikecam, Shukri Yahaya ‘Serik’ Berlakon Babak Intim

‘Kalau pelakon wanita dalam selimut, saya di atas selimut’ – Shukri Yahaya

Featured Tue, 22 May 2018

3 Selebriti Wanita Ini Kongsi Tip Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan

Ikuti cara pemakanan selebriti ini untuk kekal bertenanga di bulan puasa.

Featured Thu, 16 Feb 2023
Trending Mon, 1 Jan 2018

Ibu Tidak Sedar Telah Hamil 9 Bulan

Ibu Tidak Sedar Telah Hamil 9 Bulan, Lima Tahun Menunggu Zuriat

error: Content is protected !!