Trending By: Padin December 13, 2020 @ 4:30am

Vokal Mania: Afieq, Danial & Eranzz Antara 8 Rookie Berjaya Mara, Jom Recap Minggu Semi Final!

Minggu separuh akhir program realiti Vokal Mania berlangsung dengan meriah pada malam tadi.

Daripada 24 orang rookie, hanya lapan peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Lapan rookie yang berjaya ialah Afieq Shazwan, Danial Chuer, Alif Kadim, Yuveena, Aisha Retno, Eranzz Lambert, Daus Husny dan Fatin Afeefa.

Namun begitu, atas masalah kesihatan, Fatin menarik diri dan ia memberi ruang untuk Aedy Kama mara bersama tujuh peserta lain.

Program kendalian Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz yang sudah melangkah ke peringkat separuh akhir ini menyaksikan lapan orang rookie menyampaikan sebuah lagu solo untuk merebut tempat ke pentas akhir.

Di kemuncak Vokal Mania nanti, empat orang rookie dengan peratusan markah tertinggi berdasarkan 70 peratus daripada penilaian juri tetap dan 30 peratus daripada undian peminat bakal bertarung dengan idol.

Pada episod akhir Vokal Mania, seorang idol akan memenangi wang tunai bernilai RM50,000 dan seorang rookie akan memenangi hadiah bernilai RM30,000 termasuk wang tunai, satu rakaman lagu dan sebuah muzik video.

Keputusan empat rookie yang bakal layak ke peringkat akhir bakal diumumkan pada minggu hadapan dan undian di www.xtra.com.my/vokalmania masih lagi berlangsung sehingga Isnin, 14 Disember 2020 jam 11:59 malam.

Jom kita recap komen yang diberikan oleh juri profesional, Misha Omar dan Yusry Abdul Halim kepada lapan rookie yang bertanding:

Afieq Shazwan – Kau Pun Sama (Syamel)

Yusry: Saya tak jangka Afieq buat macam tu. Dari segi vokal, ada kawan-kawan anda lagi power. Tapi Afieq memberikan saya satu persembahan yang baik.

Misha: Saya suka energy Afieq, ada karisma and fighting spirit macam Tomok, anda tahu celah mana nak tunjuk sisi terbaik anda. Such a great entertainer.

Yuveena – Sampai Bila (Misha Omar)

Misha: Lain rasanya dapat tengok penyanyi lain nyanyi lagu saya. Apa yang Yuveena lakukan tadi, anda buat cara tersendiri.

Yusry: Saya tak jangka persembahan sebegini. Anda bagi segalanya dari segi vokal dan persembahan.

Aedy Kama – Bohemian Rhapsody (Queen) x Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay)

Yusry: Transition pandai, antara lagu Queen kepada lagu Jay Jay tu sangat bagus. It was entertaining performance.

Misha: Saya setuju dengan Yusry, persembahan Aedy menghiburkan.

Danial Chuer – Sumpah (Aina Abdul)

Misha: Saya percaya dengan kisah yang Danial sampaikan. Ini satu kisah yang berat, saya suka susunan lagu ini. Sangat sesuai dengan anda. Semuanya terkawal dan saya sangat bangga dengan anda.

Yusry: Low note sedap, tinggi sedap. Persembahan Danial macam persembahan penyanyi profesional.

Aisha Retno – Hurt (Christina Aguilera)

Misha: Aisha, sebenarnya anda ada banyak kelebihan sebagi penyanyi wanita. Tapi, korus pertama anda sepatutnya lebih firm lagi, tapi tadi tak berapa jadi. Tak berapa kemas di situ. Sepatutnya lebih kuat lagi. Ia macam tenggelam dalam susunan lagu tadi.

Yusry: Kekuatan anda masa hujung lagu. Di awal persembahan, ia agak tidak kemas.

Daus Husny – Purnama (Naim Daniel)

Yusry: Mula-mula saya tak berapa suka. Hujung-hujung saya suka, dah dapat momentum dan jadi best.

Misha: Saya tahu pasal graf nyanyian yang anda katakan, tapi anda kena kemaskan.

Eranzz Lambert – I Don’t Want to Miss a Thing (Aerosmith)

Misha: Saya hilang kata-kata. Segalanya terkawal, anda lakukannya dengan baik sekali. Saya suka semangat ‘gila panggung’ anda. Tahniah!

Yusry: Saya suka personaliti anda, saya suka penampilan anda apabila berada di atas pentas, saya suka karakter anda, saya suka suara anda!

Alif Kadim – Seniman Menangis (Datuk Jamal Abdillah)

Misha: Saya faham apa yang Alif cuba sampaikan, tapi bila nyanyi balada, kena ada satu titik fokus. Satu percubaan yang baik untuk penyanyi baru.

Yusry: Sangat theatrical. Ia satu persembahan yang enjoyable. Vokal bagus, tapi ia theatrical.

Untuk semua penyokong Vokal Mania, jangan lupa undi rookie kegemaran anda di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania minggu hadapan, pada Sabtu, pukul 9 malam, di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

https://www.youtube.com/watch?v=Z4yLvUjFSXY

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Feb 2023
Trending Wed, 5 Aug 2020

BSH Fasa 3: Rayuan Dibuka Mulai Jumaat Ini, Syarat Layak Rayuan

Korang yang nak buat rayuan, pastikan cukup syarat-syarat ni

Featured Wed, 21 Dec 2022

Ummi Nazeera Takut Tonton Cerita Hantu, Aishah Azman Bertindak Jadi Narator.. Netizen Pula Beri Tip Tengok Naskhah Seram

Pelakon cantik Ummi Nazeera mendedahkan dia takut untuk menonton filem seram.   View this post on Instagram   A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) Menonton filem seram bersama pelakon Aishah Azman, Ummi tidak dapat […]

Hiburan Wed, 7 Sep 2022

Luqman Hafidz Sukar Tonjolkan Reaksi Untuk Penuhi Kehendak Watak

Cabaran Luqman Hafidz dalam Air Force The Movie

Featured Tue, 7 Mar 2023