Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom May 3, 2018 @ 11:00am

Tayang Dapat Bunga Di Instagram, Izreen Azminda Teruja Terima Kejutan Daripada Suami

Pelakon versatil, Izreen Azminda meluahkan rasa teruja dan terkejut apabila menerima sejambak bunga ros daripada suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude.

Menerusi perkongsiannya di akaun Instagram miliknya, Izreen menjelaskan dia tidak menyangka Ude merupakan seorang suami yang romantik kerana telah lama dia tidak mendapat sejambak bunga.

“Allahuakhbar, ingatkan tadi ada penyangak depan rumah tekan loceng banyak kali. Tetapi kalau nak mai merompak takkan nak tekan loceng pulak kan.

“Bukak pintu teruih nampak bunga, tak sangka pulak orang itu seromantik ni. Berkurun saya tak pernah merasa dapat bunga. Selalu tengok dalam TV (televisyen) saja.

“Selama berlakon pun babak hero bagi bunga boleh kira dengan jari. Tidak menjangka hari ini betul pula (dapat bunga).

Apa pun, terima kasih suami dan saya cintakan awak walau apa pun terjadi. Terharu pula. Terima kasih,” tulisnya.

Sumber: Astro Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Jun 2026

Penampilan Terkini Nora Ariffin Dipuji Lawa Persis Anak Dara – “Contoh Artis Yang Buat Bariatrik Tapi Kekal Cantik”

Datuk Nora mencuri perhatian apabila penampilannya dipuji lawa persis anak dara.

Featured Mon, 1 Aug 2022
Trending Sat, 12 Jun 2021

Rapper Malaysia, Indonesia & Singapura Bergabung Dalam ‘Orang Lain’

Penyanyi rap Indonesia, A. Nayaka muncul berkolaborasi dengan rapper Malaysia, SonaOne dan rapper Singapura, YHB Sleepsalot dalam single baru yang berjudul Orang Lain. Bercerita mengenai kerjasama tiga negara itu, Nayaka mendedahkan yang kisah sebalik penyatuan […]

Trending Tue, 10 Dec 2019

Cha In-Ha artis K-drama kejutkan peminat muzik Korea?

Harga kemasyhuran yang berakhir dengan kematian!

error: Content is protected !!