Euforia Bola 2026
Trending By: Shaidah Shafie December 10, 2019 @ 12:51pm

Cha In-Ha artis K-drama kejutkan peminat muzik Korea?

Peminat K-drama seluruh dunia pastinya masih terkejut dengan kematian penyanyi Korea Selatan, Sulli pada 14 Oktober lalu.  Sebulan kemudian, peminat K-Pop sekali lagi digemparkan dengan kematian Goo Hara, penyanyi yang juga pelakon pada 14 November.

Kedua-dua mereka meninggal dunia pada usia yang masih muda ketika mereka berada di puncak kegemilangan. Terkini, seorang lagi pelakon meningkat naik di Korea Selatan, Cha-In-Ha, dilaporkan meninggal dunia pada 3 Disember lalu.

Sulli, dikatakan membunuh diri akibat tekanan sekelilng. Gambar sumber: Instagram sulli_love_you_forever.

Terdahulu, pada 29 Jun, artis senior Korea Selatan, Jeon Mi Seon, 49, ditemui mati di kamar penginapannya di sebuah hotel tanpa ada sebarang bukti yang mengaitkan Jeon dengan sebarang pembunuhan.

Sebaliknya berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan, beliau dikatakan mengalami kemurungan akibat ibunya yang sakit dan sekiranya masih hidup, Jeon pastinya menyambut hari lahirnya semalam, 7 Disember.

Sementara penyanyi Woo Hye Mi pula ditemui tidak bernyawa pada 22 September lalu pada usia 31 tahun di rumahnya selepas dua hari tiada khabar berita dan dikatakan tidak hadir pada sidang akhbar yang sepatutnya beliau hadiri.

Cha In-Ha turut menulis di Instagramnya berbunyi “semua orang perlu berhati-hati,” beberapa hari sebelum ditemui mati. Gambar sumber Instagram Chainha_fan

Kematian terbaru pelakon Cha In-Ha, 27, atau nama asalnya Lee Jae-ho menimbulkan tanda tanya ramai mengenai keadaan kesihatan mental kebanyakan selebriti Korea Selatan yang dikatakan  perlu sentiasa tampil bergaya bagi memenuhi kehendak peminat.

Sebelum kematiannya, In-Ha yang dilaporkan mengalami kemurungan turut memuat turun gambarnya di laman sosial Instagram miliknya dengan kata-kata bernada pesanan iaitu “Semua orang perlu berhati-hati”.

Beberapa laporan media negara itu menyatakan aktor berkenaan ditemui meninggal dunia oleh pengurusnya di rumahnya pada 3 Disember lalu, sekali gus menyebabkan polis membuka kertas siasatan bagi mengetahui punca kematiannya.

Begitupun, Fantagio, agensi yang mewakili In-Ha mengeluarkan kenyataan meminta peminat dan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kematian artis itu bagi mengelakkan tekanan terhadap keluarganya.

Sehingga kini, tiada pengumuman mengenai punca sebenar kematian aktor berkenaan, namun misteri yang membelengggu kematian beliau dan beberapa artis lain pada usia yang sangat muda tidak boleh dipandang ringan. Persoalan seperti tekanan daripada pelbagai pihak sama ada untuk sentiasa kelihatan cantik atau tekanan kerja yang padat pasti diperkatakan sebagai punca kematian mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Respons Betul Ketika Berdepan Individu Yang Ingin Bunuh Diri

Fenomena ini dilihat sebagai satu tekanan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan bintang K-pop atau K-drama apabila mereka mencapai tahap kemasyhuran tertentu lebih-lebih lagi apabila mereka juga menerima sanjungan daripada peminat antarabangsa yang begitu memuja mereka.

Memiliki wajah kacak bagi artis lelaki dan kulit mulus putih seperti porselin bagi wanita, kesempurnaan itu meletakkan mereka ke dalam satu tekanan lain yang tidak diketahui dan tidak menjamin kegembiraan yang sepatutnya mereka terima dengan kemasyhuran dikecapi.

Cha In-Ha (kiri) bersama-sama rakan artis. Gambar hiasan/Sumber: Soompi.com

Senario ini juga dilihat sebagai satu tamparan hebat terhadap industri seni drama dan muzik di Kore Selatan yang kehilangan artis pada usia muda yang dikaitkan berpunca daripada industri itu sendiri.

In-Ha pernah membintangi drama The Banker, Miss Indipendent, Ji Eun 2 dan baru sahaja berakon dalam drama Love With Flaws.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kemurungan adalah punca utama kepada kegelisahan dan rasa tidak berupaya yang boleh dialami semua peringkat usia baik dewasa, remaja mahupun kanak-kanak.

Iktibar penting yang boleh disimpulkan  daripada senario dalam kalangan artis K-pop dan K-drama ini, jangan memandang remeh akan kesihatan mental seseorang itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Sep 2023

BCL ‘Sambut’ Ulang Tahun Ashraf Sinclair Di Pusara, Sempat Titip Ucapan Cinta Bikin Netizen Sebak!

Rezeki dapat mentua baik macam parents Ashraf ni kan?❤️❤️❤️

Trending Fri, 20 Apr 2018

Shila Amzah Sah Bergelar Isteri. Hati Peminat Lelaki Patah Seribu Tak?

Shila Amzah sah bergelar isteri Haris Idraki Elias dengan sekali lafaz.

Hiburan Mon, 30 Sep 2024

Malaysia Jadi Tuan Rumah, Festival Filem Asia Pasifik Kembali Untuk Edisi Ke-61

Festival Filem Asia Pasifik 61 (APFF61) akan berlangsung dari 29 November hingga 1 Disember 2024.

Trending Mon, 14 Jun 2021

“One Of The Best Episode” – Penampilan Senario di ‘I Can See Your Voice Malaysia 4’ Bikin Gamat!

Penampilan kumpulan Senario sebagai panel penyiasat di episod terbaru I Can See Your Voice Malaysia musim ke-4 (#ICSYVMY) yang bersiaran malam tadi mencuri perhatian ramai. Kehadiran Azlee, Wahid dan Saiful Apek yang membantu penyanyi Aina […]

Featured Tue, 11 Apr 2023
Hiburan Fri, 20 Jun 2025
Featured Wed, 1 Feb 2023
Trending Fri, 12 Apr 2019

#SetulusIkhlas: Kisah Pemandu Grab Sanggup Redah Hujan Buat Hati Pengacara Ini Tersentuh

Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang melimpah dengan membantu sesama manusia. Yang penting, ikhlas. Tak gitu? 

error: Content is protected !!