Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 4, 2024 @ 7:44am

Comeback Di Konsert By Ajai & Mega Friends Dapat Standing Ovation, Sorakan Peminat… Hafiz Suip Mengaku Gementar

Kehadiran penyanyi Hafiz Suip di pentas Konsert By Ajai & Mega Friends malam tadi di Megastar Arena, Kuala Lumpur mendapat respons baik penonton sehingga ada bersorak gempita dan memberikan standing ovation.

Menyampaikan dua buah lagu di konsert terbabit, Hafiz tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar kembali beraksi di pentas besar.

Hafiz Suip rasa gementar

“Saya agak gementar hari ini. Saya buat demi abang Ajai dan peminat yang datang,” katanya.

Penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku ini juga memaklumkan dia berada dalam keadaan baik sewaktu ditanya komposer terkenal, Ajai berkenaan keberadaan Hafiz yang didakwa menghilang sebelum ini.

“Sebenarnya saya ada saja. Cuma sekarang saya lebih suka mengenali diri,” katanya.

Ajai pesan jangan tinggalkan industri seni

Dalam pada itu, Ajai sempat menyampaikan beberapa pesanan kepada Hafiz supaya jangan meninggalkan industri seni.

“Ramai yang sayangkan anda. Hafiz seorang yang kuat. Ingat pesan saya jangan tinggalkan industri seni dan jangan terlalu sayangkan manusia, sayang kepada Allah,” pesan Ajai.

Dalam masa sama, Ajai turut memuji suara Hafiz yang disifatkan cukup luar bisa.

“Dia bila buka mulut saja, nota pertama sudah beri penghayatan yang tepat.

“Selama Hafiz menjalani proses rakaman dengan saya, dia ada beberapa lagu hits seperti Matahari dan Noktah Cinta,” katanya.

Terdahulu Ajai seolah-olah memberi gambaran Hafiz sedang melalui situasi yang sukar.

Ajai atau nama sebenanrya Mohamad Faizal Maas, 49, bagaimanapun hanya menitipkan pesanan kepada Hafiz untuk terus kuat dan yakin penyanyi itu mampu berdepan situasi berkenaan.

Menerima sorakan gemuruh ketika Konsert By Ajai & Mega Friends berlangsung, Hafiz menyampaikan lagu popularnya yang dicipta oleh Ajai, Ku Akui dan lagu hit nyanyian asal Datin Alyah, Tak Mungkin Kerana Sayang.

Selain Hafiz dan Ajai, konsert terbabit turut menampilkan persembahan Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hazama, Aufahanie dan Illa Sabry.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Oct 2025

‘Selingkuh’ Jadi Pengubat Luka, Jimi Luah Keberanian Melepaskan Cinta Palsu

Jimi tampil dengan lagu penuh keberanian melepaskan cinta yang tidak lagi tulus.

Trending Thu, 26 Jul 2018

HFMD Pun Boleh Kena Pada Orang Dewasa

Segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Hiburan Sun, 27 Oct 2019

Al- Fatihah…Jenazah Anak Fauziah Nawi Sudah Ditemui

Al-Fatihah…semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Trending Thu, 20 May 2021

Walau Tak Dapat Pulang Ke Kampung, Fattah Amin Teruja Sambut Raya Dengan Fatima

Pelakon popular, Fattah Amin meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dalam kesederhanaan meskipun aktiviti ziarah rumah ke rumah tidak dibenarkan tahun ini. Menurut suami kepada aktres Nur Fazura ini, dia dan isteri bersemangat […]

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Enam Tahun Tanpa Lagu Inggeris, Bunkface Muncul Dengan SHIVER

Video muzik SHIVER akan mengetengahkan Sam sendiri sebagai fokus utama dan menampilkan aksi lagak ngeri dan kumpulan ‘Stunt Legend’ MAPS, Perak.

Trending Fri, 4 Feb 2022

“Ya, Buat Kali Yang Kedua” – Nabila Razali Positif Covid-19 Lagi!

Penyanyi Nabila Razali memaklumkan dirinya positif wabak Covid-19 buat kali yang kedua. Pelantun lagu Peluang Kedua ini mendedahkan berita dukacita terbabit menerusi kemas kini terbaharunya di laman sosial Instagram. View this post on Instagram A […]

Featured Tue, 2 Feb 2021

“Saya Minta Maaf…” – Ustaz Ebit Lew Tak Dapat Teruskan Misi Bantuan Di Semporna

Sama sama kita doakan ustaz Ebit Lew terus diberi kekuatan. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikannya❤️

Events Wed, 21 Jan 2026

“Jangan Cari Coach Cerai Kalau Ada Masalah Rumah Tangga”- Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama

Isu tular berkaitan ‘coach cerai’ perlu dijadikan pengajaran kepada masyarakat khususnya terhadap sebarang nasihat melibatkan perkahwinan dan perceraian.

error: Content is protected !!