Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 17, 2025 @ 1:01pm

‘Selingkuh’ Jadi Pengubat Luka, Jimi Luah Keberanian Melepaskan Cinta Palsu

Penyanyi berbakat, Jimi tampil dengan single terbaharu berjudul Selingkuh, karya penuh jiwa yang menggambarkan kekecewaan, luka dan keberanian melepaskan cinta yang tidak lagi tulus.

Menjadi single kedua Jimi bersama Alternate Records, lagu ini bukan sekadar naskhah biasa, sebaliknya memperlihatkan sisi matang dan evolusi muzik penyanyi yang semakin selesa dengan identiti rocknya.

Dicipta oleh Seow Seng Tack, Ja’a dan Glowrush, Selingkuh membawa pendengar menyelami perasaan seseorang yang dikhianati dari kecewa yang membakar hati, hingga akhirnya nekad bangkit demi harga diri dan ketenangan jiwa.

Menurut Jimi, diberi kepercayaan menyanyikan lagu tersebut merupakan satu penghormatan besar buatnya.

“Saya berikan sepenuh jiwa dan tenaga untuk setiap notanya. Lagu ini bukan sekadar tentang kecurangan, tapi tentang kejujuran terhadap diri sendiri bila kita sedar bahawa bertahan hanya akan terus menyakitkan,” katanya.

Menariknya, proses rakaman vokal disiapkan hanya dalam tempoh empat hingga lima jam, namun Jimi mengakui ada beberapa bahagian memerlukan fokus penuh untuk mencapai ‘vibe’ rock yang diinginkan.

“Cabaran utama lagu ini ialah nak dapatkan tenaga dan semangat rock tanpa hilang identiti sendiri. Kali ini saya perlu lebih agresif dari segi vokal, tapi masih kekalkan emosi lagu,” tambahnya.

Dari sisi penciptaan, Seow Seng Tack, Ja’a dan Glowrush berkata, Selingkuh lahir daripada keinginan untuk meluahkan rasa kecewa secara jujur tanpa berselindung.

“Keunikan lagu ini terletak pada liriknya yang tajam dan realistik frasa seperti ‘duit habis kau sapu’ dan ‘hanya dengan selamba’ memberi rasa seolah-olah luahan sebenar dari hati yang terluka,” jelas mereka.

Lebih menarik, proses penulisan lagu ini berlangsung ketika sambutan Tahun Baharu Cina, dengan semua komunikasi antara penulis lagu dan penerbit hanya dilakukan melalui WhatsApp, sebelum sesi rakaman akhir dijalankan bersama Jimi.

Menggabungkan elemen rock dan elektronik, Selingkuh menawarkan bunyi segar dengan suntikan moden tanpa mengorbankan semangat rock klasik.

“Saya mahu tunjuk sisi lain diri saya yang lebih garang dan bersemangat. Mungkin orang belum lihat saya dengan tenaga ‘live’ seperti ini,” ujar Jimi.

Bagi penyanyi itu, Selingkuh bukan sekadar lagu putus cinta, sebaliknya simbol kejujuran, keberanian dan pembebasan diri daripada kepura-puraan.

“Pendengar patut beri peluang pada lagu ini kerana ia membawa rasa yang berbeza. Gabungan tenaga rock dan emosi menjadikannya karya yang jujur dan dekat dengan realiti,” katanya.

Lagu Selingkuh kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital termasuk YouTube dan Spotify.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Apr 2025
Hiburan Tue, 30 Jun 2026

“Akaun Threads Saya Kena Locked” – Umisya Mazlan Syukur Emosi Baik Ketika Berpantang, Seloroh Aslam Sasar 15 Anak

Menurut Umisya, buat masa ini dia mahu berehat seketika selepas melahirkan anak keempat

Cahaya Mata Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Wed, 4 Sep 2024
Hiburan Mon, 18 Dec 2017

“BELAKANGNYA ADA BATU TAR RUMAH AKU” – BADAN BERJERAWAT UQASHA DIKUTUK

Rata-rata netizen mengutuk bahagian belakang badan Uqasha yang dikatakan berjerawat dan menggerutu.

Hiburan Fri, 27 Dec 2019

Penat Hidup Solo, Penyanyi Dangdut Ini Mohon Jodoh Tahun Depan

Semoga berjumpa lelaki yang tepat ya…

Sihat Thu, 9 May 2024
Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Bang Shi Hyuk Shares Secret on BTS’s Worldwide Recognition And Success

What is the secret behind the success of BTS? BigHit Entertainment CEO Bang Shi Hyuk opens up about how he does things.

Hiburan Sat, 14 Jun 2025
Hiburan Tue, 5 Dec 2017

Tunggu Masa Sesuai Buka Instagram Anak

Siti Nurhaliza Tunggu Masa Sesuai Buka Instagram Anak

error: Content is protected !!